JELI, 8 OGOS 2022 – Telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak Terbuka 9 Sebelah anjuran Kelab Bola Sepak Lubok Bongor bersama Kelab Belia Sepakat Lubok Bongor yang berlangsung selama 2 hari bermula 5 – 6 Ogos 2022 baru-baru ini. Seramai 25 pasukan telah menyertai kejohanan pada kali ini bertempat di Padang Awam Kampung Lubok Bongor, Jeli.
 
Pada kejohanan kali ini, pasukan Bukit Jering FC telah dinobatkan sebagai johan dan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM1,200. Pasukan Padang Siam FC berjaya menyandang gelaran naib johan dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM700, manakala tempat ketiga bersama dirangkul oleh pasukan Random FC dan Bandar FC memenangi hadiah wang tunai RM300. Pemain terbaik berjaya disandang oleh Saudara Zikry Chek dari pasukan Bukit Jering FC.
 
Majlis Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Ab. Aziz bin Derashid, ADUN Kuala Balah. Tahniah diucapkan kepada Kelab Bola Sepak Lubok Bongor dan Kelab Belia Sepakat Lubok Bongor di atas penganjuran program yang sangat meriah. Semoga ianya dapat mengeratkan lagi ikatan ukhwah sesama pasukan.
 
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli