KELANTAN, 5 JULAI 2022 - Berlangsungnya Jom Warga JBSNK Kekal Sihat dan Aktif Siri 4 pada 5 Julai 2022 bertempat di Gimnasium Kecergasan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan secara percuma kepada semua penggiat kecergasan dan orang awam yang berminat. Program ini menyokong penuh hasrat Negara dalam mencapai matlamat pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) untuk menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.

Aktiviti Kecergasan bagi Siri 4 ini adalah Stepfit yang dikendalikan oleh KBSi Pn. Noraini binti Abdul Talib, dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Turut hadir menyertai program hari ini ialah Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah JBSN Kelantan. Turut hadir Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Penolong Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Puan Rahimah binti Abdullah, Pegawai Kecergasan Nasional Negeri Kelantan.

Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan