KELANTAN, 8 OGOS 2022 : Mesyuarat Jawatankuasa Induk Karnival Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022 telah berlangsung pada 7 Ogos 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Exco, Mabna MBI Kompleks Kota Darulnaim.

Mesyuarat telah di pengerusikan oleh Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan NGO Negeri Kelantan. Hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Encik Hazri Nizam bin Zakaria Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Ustaz Nasaruddin Mahmud Muhaidin, Pengarah Urus Setia Belia dan Sukan Negeri Kelantan, serta wakil-wakil daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta serta NGO Belia yang akan besama-sama menajayakan Karnival Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022.

Mesyuarat telah bersetuju Karnival Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan akan diadakan bersekali dengan Kelantan Festival Sempena Bulan Kebangsaan Tahun 2022. Tarikh yang akan menjadi sejarah buat Belia-Belia Kelantan khususnya adalah 26 hingga 30 Ogos 2022. Antara aktivti yang bakal menanti belia-belia Kelantan adalah Street Soccer, Penalti Bola Jaring, Pertandingan Kawad Kaki, Fun Ride, Pertandingan Dikir Barat, Sukan Elektronik, pameran dan jualan usahawan belia, pameran interaktif dari agensi kerajaan dan swasta, temuduga terbuka bagi belia-belia yang ingin mendapatkan pekerjaa. Jangan lepaskan peluang ini.
 
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia JBSN Kelantan