PP105 1 PP105 3 PP105 2

PASIR PUTEH, 13 OKTOBER 2021 - Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Pasir Puteh telah diadakan di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh pada 9 Oktober 2021 yang lalu dengan kod promo #beliakupasirputeh. Majlis pelancaran dan ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YABrs Tuan Haji Ahmad Adlee bin Yasin, Ketua Jajahan Pasir Puteh. Turut hadir semua ketua pejabat daripada agensi Kerajaan dan penggawa-penggawa daerah.

Sempena dengan program tersebut diadakan pelepasan berbasikal santai, senamrobik fit @ home secara hibrid dan fb live, berjalan santai bersama YABrs Tuan Haji Ahmad Adlee bin Yasin, Ketua Jajahan Pasir Puteh dan gimik sepakan penalti oleh Yang Berhormat Wan Hassan bin Wan Ibrahim, ADUN Semerak Pasir Puteh. Perlawanan liga sepakan penalti telah bermula jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh