GUAMUSANG1001  GUAMUSANG1002

GUA MUSANG, 27 OKTOBER 2020 –Majlis Belia Jajahan Gua Musang dengan kerjasama GM Betta Team telah mengadakan Pertandingan Ikan Betta Mini Bon Bulanan bertempat di Pusat Khidmat Dun Galas pada 24 Oktober 2020.

Sebanyak 286 ikan Betta telah dipertandingkan di kejohanan kali ini. Kejohanan ini adalah kejohanan yang buat pertama kalinya dipertandingkan di Daerah Gua Musang yang melibatkan 5 kategori.

En Mohd Azmawi Fikri selaku YDP Majlis Belia Jajahan Gua Musang telah menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori utama iaitu “Best Of The Best” yang membawa pulang Trofi Kejohanan dan Juga Wang Tunai. Beliau berkata Program ini bertujuan untuk mengelakkan lagi hubungan silaturrahim sesama belia-belia di Gua Musang dan juga sebagai salah satu aktiviti sihat yang boleh dilalukan sepanjang musim Pandemik Covid19 ini.

Disediakan oleh Urusetia portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang