BACHOK31 1 BACHOK31 2

BACHOK, 3 MAC 2021 – “Kalau ada sumur di ladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi”. Selamat bertukar diucapkan kepada Puan NurHayati Ahmad, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Bachok ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman, Terengganu berkuatkuasa 1 Mac 2021.

Encik Mohd Hafizi Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok turut berkesempatan memberi kata-kata nasihat sebelum menerima nota serah tugas dan menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan dari PBSD Bachok. Encik Hafizi turut mengharapkan agar pengalaman dan pengajaran yang diperolehi disini dapat dijadikan satu titik tolak untuk terus maju kehadapan dan mendoakan semoga Puan NurHayati dapat menjalankan tugas dengan lebih baik ditempat baru.

Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok juga mengharapkan agar penghijrahan beliau bagi mengikuti suami yang bekerja di daerah Kemaman ini dapat membantu menambah kecemerlangan diri dan sentiasa berbahagia bersama keluarga yang tercinta. Terima kasih di atas segala jasa dan bakti sepanjang menjalankan tugas di sini selama hampir satu tahun satu bulan bermula pada 1 Januari 2020 yang lalu.

Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok