HELLO YB MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
 
KELANTAN, 9 Ogos 2022 : Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Lawatan Kerja YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia ke Negeri Kelantan bertempat di Bilik Mesyuarat Exco, Mbna MBI Kompleks Kota Darulnaim.
 
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan NGO Negeri Kelantan. Hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Imran bin Mohamed Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan, Ustaz Nasaruddin Mahmuh Muhaidin, Pengarah Urus Setia Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta pagawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan NGO berkaitan.
 
Mesyuarat membincangkan berkaitan Lawatan Kerja YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia ke Negeri Kelantan pada 21 Ogos 2022 akan datang. Antara pengisian program lawatan tersebut adalah Townhall YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia Bersama Komuniti Belia Dan Sukan di Negeri Kelantan.
 
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia JBSN Kelantan