PASIRMAS1001  PASIRMAS1002

PASIR MAS, 27 Oktober 2020 - Pengerusi KRT Bukit Tandak,  En. Mohd Nazram bin Ramli bersama En Zainuddin bin Mohamad telah mengunjungi Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas,  En. Wan Abd Rahman bin Hj. Wan Ismail pada petang semalam. 

Dalam sessi pertemuan ini,  En Nazram telah menyuarakan hasrat untuk menubuhkan Kelab Belia dan juga Kelab Sukan di kawasan komuniti beliau. Pelbagai program dan juga aktiviti telah dilaksanakan di Bukit Tandak sebelum ini yang melibatkan golongan belia yang masih belum berpersatuan.  Antara program yang dilaksanakan adalah kejohanan sepak takraw, bola sepak. Tujuan beliau menubuhkan persatuan tersebut adalah untuk memberi peluang kepada golongan muda untuk bergiat aktif di dalam program-program kesukarelaan di samping mengurangkan masalah gejala sosial di kawasan sempadan negara.

Beliau juga sudi memberi kerjasama serta mengalu-alukan program  dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah  untuk di adakan di kawasan Bukit Tandak,  Rantau Panjang.

DISEDIAKAN OLEH URUSETIA PORTAL PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH PASIR MAS