PMAS1003   PMAS1004   PMAS1005   PMAS1006

PASIR MAS,  28 Oktober 2020 - Kelab Belia Kg Baru Pak Hussin telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Xplorasi Kemerdekaan Minda ke Stong Hill Resort dan Kompleks Gua-gua di Dabong pada 16-17 September 2020 lalu sebagai penutup sambutan Hari Kebangsaan ke-63 dan juga sambutan Hari Malaysia.  Program ini melibatkan 33 ahli persatuan dan juga peserta jemputan dari daerah Pasir Mas ,  Kuala Krai dan Kota Bharu.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kerjasama di kalangan ahli kelab bersama agensi kerajaan dan juga NGO lain,  melahirkan masyarakat yang sihat dan aktif serta menghayati keindahan ciptaan dan kebesaran Allah SWT. Para peserta juga telah meneroka Gua Ikan,  Gua Keris,  Gua Gelap serta melaksanakan gotong royong membersihkan kawasan sekitar tapak perkhemahan.

Majlis Penutupan Program Xplorasi Kemerdekaan Minda telah disempurnakan oleh ADUN Dabong,  YB Ku Zaki bin Ku Hussin.  Beliau kagum dengan semangat ahli Kelab belia Kg Baru Pak Hussin kerana berjaya melaksanakan Jelajah ke Gua-Gua di sini.  Beliau turut berpesan kepada semua ahli agar menjaga kawasan alam sekitar Ciptaan Ilahi , sentiasa menjaga peribadi dan tingkah laku agar kita dihormati dan disanjungi sebagai pemimpin pelapis suatu hari nanti.  ‘ Jemputlah datang ke Dabong lagi nanti, hari ni saya jamu Sup Tulang nanti saya jamu Kari Gear Box pula, Kata beliau ketika mengakhiri Ucapan Penutupan program.

DISEDIAKAN OLEH URUSETIA PORTAL PBSD PASIR MAS