PM32 2 PM32 1

PASIR MAS, 17 MAC 2020- Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas,  Puan Nazatul Asma binti Ariffin telah menghadiri Konvensyen Pemberdayaan Belia Mencegah Ekstremisme Peringkat Zon Timur pada akhir Februari lalu yang bertempat di Auditorium INOS, Universiti Malaysia Terengganu.

Rumusan dari Konvensyen tersebut adalah penggunaan media sosial secara meluas oleh Daesh telah membuka ruang kepada pelbagai pemain dalam penyebaran propaganda meraka. Penggunaan internet untuk melaksanaan pelbagai aktiviti keganasan telah merumitkan usaha menangani penyebaran ideologi dan fahaman Daesh. 

Pelbagai lapisan masyarakat termasuk, ibu bapa, guru-guru, pihak berkuasa, sektor awam, dan juga sektor swasta perlu memberi kerjasama dalam menangani ancaman Daesh. Oleh itu, kepentingan untuk mempertingkatan kemahiran dan mempraktikkan pemikiran kritikal dalam membendung fahaman ini di kalangan belia.

Disediakan Oleh : Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal PBSD Pasir Mas