PASIR MAS, 23 JUN 2020 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas menerima kunjungan dari Pengerusi dan Setiausaha Kelab Belia Muafakat Perumahan JPN Pasir Mas pada ahad lalu. Kelab yang di tubuhkan itu telah mendapat sijil pendaftaran pada 2/10/2019 dari Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY). Mereka hadir ke pejabat untuk berbincang dan mengetahui cara-cara untuk menghantar Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) kepada pihak ROY. Kelab tersebut juga membentangkan hala tuju pembangunan persatuan mereka. Kelab tersebut akan berusaha untuk menarik belia belia supaya berpersatuan agar peranan anak muda turut bersama kerjaan dalam pembangunan negara. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, En Wan Abdul Rahman bin Wan Ismail turut mengalu-alukan kerjasama dari semua persatuan dan kelab belia yang berdaftar di Pasir Mas untuk melaksanakan aktiviti dalam pembangunan belia bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas. Disediakan Oleh :Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal PBSD Pasir Mas