KOMBES19 1 KOMBES19 1 KOMBES19 2

KELANTAN, 14 JANUARI 2021 – Sejak Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan dinaiktaraf pada tahun 2018, hampir keseluruhan prasarana KOMBES telah berwajah baharu antaranya asrama Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Asrama ini mampu memuatkan seramai 70 orang untuk menginap pada satu-satu masa dan terbuka kepada semua agensi-agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO’s)  dan juga orang awam.

Diharapkan dengan fasiliti yang baru ini mampu memberi keselesaan kepada pengguna asrama KOMBES nanti.

Disediakan oleh: Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan