PP82 2 PP82 1

 

PASIR PUTEH, 9 OGOS 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh baru-baru ini telah berkunjung ke Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh yang juga merupakan rakan kongsi pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda bermula tahu 2016 sehingga sekarang bagi membincangkan penambahbaikan dan menyerahkan Sijil Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Pingat Perak dan Gangsa 2019 kepada pihak sekolah untuk diagihkan kepada peserta-peserta yang telah berjaya ditauliahkan.

Sejak tahun 2016, ARPRM telah bertapak di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh dan melahirkan hampir 600 pelajar yang bertrampilan dan berkeyakinan dalam membina kebolehan mengatasi cabaran dalam kehidupan seharian melalui pengisian didalam program ini.

Sijil-sijil tersebut telah diterima sendiri oleh Puan Roslina Abd Aziz, Pengetua Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh dan turut disertai oleh Encik Asri Yusof Penolong Kanan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh.

Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Puteh