home button

Kelantan

JELI21

JELI, 25 FEBRUARI 2021- Sesi Webinar Jom Cipta Kerja yang anjuran oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara telah memasuki siri ke 7 melalui platform aplikasi “Zoom” bagi menggalakkan belia menjadi usahawan yang berjaya di era digital. Sesi ini dikendalikan oleh Dr. Raja Yasmin Abdul yang merupakan seorang mentor dan jurulatih professional bertauliah dari The Coaching Institute Australia dalam bidang perniagaan. Beliau juga pernah memenangi Anugerah Australian Coach of the Year 2019.

Sesi yang dikendalikan oleh beliau dapat memberi semangat yang tinggi kepada golongan muda di daerah Jeli untuk mengorak langkah untuk berjaya dalam bidang keusahawanan. Menurut usahahawan muda dari Kg Belahat Jeli, Jeffry Yahya 28, Beliau telah mula mengikuti sesi webinar bermula awal tahun sehingga kini telah memberi manfaat yang besar kepada beliau sebagai usahawam kerana musim PKPB tidak dapat menghadiri sebarang kursus dan mengambil peluang menerusi program atas talian.

Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli

SUKAN23 3 SUKAN23 2 SUKAN23 1

KELANTAN, 24 FEBRUARI 2021 – Selaras dengan kebenaran Sektor Sukan dan Rekreasi oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Keselaman Negara untuk beroperasi kembali, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah membuka Bilik Gerakan Task Force Sektor Sukan dan Rekreasi bermula pada 28 Januari 2021.

Bilik Gerakan ini adalah satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri bertindak sebagai pemudah cara dan rujukan bagi pemain industri sektor sukan dan rekreasi, persatuan-persatuan sukan serta individu di setiap negeri untuk mendapatkan maklumat yang sahih, tepat dan terkini berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sektor Sukan dan Rekreasi.

Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan

PM71 1 PM71 2 PM71 3

PASIR MAS,  24  FEBRUARI 2021 - Satu  Program Sanitisi Amal telah di anjurkan oleh Serakai Mas Cycling Club (SMCC) dengan kerjasama Pemuda UMNO Pasir Mas dan  Skuad Sabil Pasir Mas telah dilaksanakan di dua buah sekolah di daerah ini bermula 19 Februari 2021 lalu.  Program ini adalah bertujuan untuk mencegah penularan Covid-19 dan sebagai persediaan untuk para pelajar menduduki peperiksaaan SPM dengan tenang.

Dua buah sekolah yang terlibat di dalam program tersebut adalah Kolej Vokasional Tendong dan Sek Men Keb. Kubang Bemban.  Beberapa orang sukarelawan belia dari daerah pasir Mas turut terlibat dalam program sanitasi ini.

Pengerusi SMCC, Saudara Azroy bin Azmi berkata “Semoga sedikit usaha kami ini dapat mengurangkan rasa resah gelisah bakal-bakal pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM. InsyaAllah esok kita akan teruskan lagi ke 5 buah sekolah di Sekitar Pasir Mas.”

Disediakan oleh: Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal PBSD Pasir Mas

PM16 1 PM16 2 PM16 4 PM16 3 PM16 5

PASIR MAS, 24 FEBRUARI 2021- Program Sanitasi anjuran  Pemuda UMNO Pasir Mas, Skuad SABIL & NGO Belia dan  Sukan dari daerah Pasir Mas telah di laksanakan pada 20 Februari 2021 lalu di lima buah sekolah yang terpilih antaranya  SMK Tanjung Bunga, SMK Kedondong,  SMK Bunut Susu, SMK Meranti, SMK Sultan Ibrahim 1.

Para sukarelawan dari Kelab Belia Kg Baru Pak Hussin dan NGO Sukan, Serakai Mas Cycling Club (SMCC) telah bergabung tenaga bersama-sama dalam projek sanitasi tersebut adalah sebagai satu sumbangan kecil mereka kepada belia-belia yang bakal menduduki peperiksaan nanti.

Semoga usaha kecil daripada kami semua dapat memberi keselesaan dan rasa selamat kepada semua guru-guru serta para pelaja yang akan menempuhi Peperiksaan SPM & STPM nanti.

Apa yang penting usaha Sanitasi ini dapat menyahkuman sekaligus memutuskan rantaian COVID19 di Parlimen Pasir Mas.

Disediakan Oleh : Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal PBSD Pasir Mas