SIK KEDAH, 17 MAC 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik (PBSD Sik) menjadi lokasi siri jelajah Stradford International College dari Perai, Pulau Pinang untuk mengadakan taklimat dan sesi kerjaya kolej berkenaan kepada belia-belia lepasan SPM dari Daerah Sik pada 11 Mac 2020 (Rabu) yang lalu bertempat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik, Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji Sik, Kedah Darul Aman di sini.

Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari kolej ini menawarkan 3 peringkat pensijilan iaitu sijil, diploma dan diploma lanjutan merangkumi bidang Juruteknik Automasi (Mekatronik), Juruteknik Industri Elektronik, Jeruteknik Elektrik, Sistem Maklumat (I.T) seni Kulinari @ F&B. Sementara itu Program Diploma Akademik (MQA) menjurus kepada bidang Kejuruteraan, Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Perhotelan dan Sistem Maklumat (I.T).

Sesi taklimat disampaikan oleh En. Amir Bin Ahmad, Pegawai Sektor Korporat, Stradford International College, Perai, Pulau Pinang.

 

DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)