SIK KEDAH, 17 MAC 2020 – Program Gotong Royong Rimba Taqwa, Sik telahpun diadakan dengan jayanya pada 12 Mac 2020 (Khamis) yang lalu bertempat di kawasan peranginan Rimba Taqwa, Sik, Kedah Darul Aman disini.

Program anjuran NGO Kelab Sahabat Alam Sik turut mendapat kerjasama daripada Majlis Daerah Sik dan beberapa agensi tempatan di daerah ini.

Program ini bertujuan bagi mengindahkan dan menceriakan semula taman peranginan Rimba Taqwa yang suatu ketika dahulunya sememangnya cukup terkenal untuk beriadah sambil berkelah bersama keluarga.

Hadir bersama di program ini, YB. Tuan Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman, Ahli Parlimen Sik. Turut hadir bersama, Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.

 

DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)