ALOR SETAR KEDAH, 03 JULAI 2022 – Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Kedah (MPBN) Sidang II Penggal Ke-33, Sesi 2021-2022 telahpun bersidang pada 23 Jun 2022 (Khamis) yang lalu bertempat di Bilik Gerakan, Tingkat 6, Blok E, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman disini.

Persidangan yang diadakan ini menjadi wadah pertemuan antara pihak jabatan kerajaan dalam Negeri Kedah bersama dengan Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Negeri/Daerah dengan pihak Kerajaan Negeri Kedah membahaskan usul/isu yang diutarakan untuk penyelesaian dan kebaikan demi masyarakat di dalam daerah khususnya dan di negeri Kedah amnya.

Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Kedah (MPBN) Sidang II Penggal Ke-33 Sesi 2021-2022 ini telah dipengerusikan oleh YB. Tn. Mohd Firdaus Bin Ahmad, EXCO Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Hadir bersama bagi Daerah Sik, Pn. Siti Salmiah Md Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik, dan En. Rodzaidi Bin Sulahhudzin, Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Sik.  

 

DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)