SIK KEDAH, 17 MAC 2020 – Mesyuarat Penyelarasan Sik Century Ride 2020 telahpun diadakan pada 15 Mac 2020 (Ahad) yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Sik, Sik, Kedah Darul Aman disini.

Pada mesyuarat tersebut, dibincangkan untuk Daerah Sik menganjurkan acara kayuhan  berbasikal yang akan merangkumi jarak laluan sejauh 80km dimana akan dilaksanakan pada bulan Jun 2020 nanti.

Kelab Berbasikal Saujana (SCC) selaku persatuan sukan berdaftar dengan PJS telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan acara tersebut dan dibentangkan kepada ahli mesyuarat tersebut mengenai acara yang akan dilangsungkan kelak.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh oleh Pn. Amirah Khairiah Binti Abdul Latip, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan Daerah Sik. Turut hadir bersama En. Mohd Fairuz Bin Abdul Rahim, Presiden Kelab Berbasikal Saujana (SCC) dan Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.

DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)