SIK KEDAH, 17 MAC 2020 – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sik Bil. 1/2020 telahpun diadakan pada 11 Mac 2020 (Rabu) yang lalu bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Sik, Sik, Kedah Darul Aman disini.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyelaras semua agensi berkaitan pengurusan bencana yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi di daerah Sik.

Terdahulu dibentangkan taklimat daripada Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Kedah, taklimat Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Sik, taklimat Disaster Information System (APM), taklimat Jabatan Meteorologi Malaysia dan taklimat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sik.

Mesyuarat ini telah dihadiri daripada pelbagai agensi dalam pengurusan bencana Daerah Sik antaranya wakil anggota IPD Sik, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah, Rela, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain agensi lagi.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pn. Amirah Khairiah Binti Abdul Latip, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan Daerah Sik. Hadir bersama En. Mohd Sobry Bin Md. Akhir, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Sik.

DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)