SIK KEDAH, 03 JULAI 2022 – Mesyuarat Pengurusan Keselamatan Jabatan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telahpun diadakan pada 30 Jun 2022 (Khamis) yang lalu bertempat di Sungai Batang Lake Resort, Tasik Beris, Sik, Kedah Darul Aman disini.

Mesyuarat berkenaan membincangkan dan tindakan yang perlu diambil oleh setiap pentadbir di Negeri mahupun di Daerah berkaitan tatacara pengurusan premis masing-masing dari segi Aspek Pematuhan Keselamatan Jabatan yang merangkumi Komitmen Pengurusan, Keselamatan Fizikal, Keselamatan Dokumen dan Keselamatan Peribadi dan ICT.

Hadir bersama Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.

DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)