home button

Kedah

Kuala Nerang, 28 Jun 2022 –  Acara senamrobik ini dipilih untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti kecergasan sempena Program Let’s Get Fit yang diadakan pada 24 Jun yang lalu di perkarangan studio Cleopatra, Pedu.

Acara ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk dan belia setempat. Seramai 40 orang peserta di kalangan wanita yang terdiri daripada penduduk setempat telah memberi komitmen yang baik bagi menjayakan program ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cleopatra Team yang sudi membantu dan memberi kerjasama kepada Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Padang Terap bagi menganjurkan Program Let’s Get Fit For Women ini.

DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)

Kuala Nerang, 23 Jun 2022 –  Pihak pejabat ini telah berbesar hati untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah diatas kerjasama dan sokongan yang diberikan untuk menjayakan pelbagai aktiviti sukan, keagamaan & kerohanian serta aktiviti-aktiviti lain yang telah dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Padang Terap.

Pemberian sijil ini bertujuan untuk menghargai segala bantuan dan kerjasama serta jasa baik dari pihak SMA Al-Khairiah. Tuan Pegawai Belia Dan Sukan berharap dengan penghargaan yang diberikan ini dapat mengembangkan lagi aktiviti sukan di Daerah ini.

DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)

Kuala Nerang, 23 Jun 2022 –  Satu sesi perbincangan bersama pengendali Klub Cleopatra untuk pelaksanaan Program Let’s Get Fit  telah diadakan pada 16 jun yang lalu di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.

Tujuan sesi perbincangan ini adalah untuk pemilihan aktiviti sukan yang sesuai diadakan bagi golongan wanita setempat. Perbincangan ini sekaligus membincangkan aktiviti lain yang perlu diadakan disini yang bersesuaian dengan golongan wanita disini bagi mengalakkan dan membudayakan sukan dikalangan mereka.

Pihak pejabat ini menyambut baik saranan dan cadangan aktiviti sukan yang telah diusulkan oleh Puan Julian Pengendali Klub tersebut.

 

DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)

Kuala Nerang, 28 Jun 2022 –  Program Al-Khairiah Fun Ride 2022  telah diadakan pada 18 Jun yang lalu. Pelepasan dan pelancaran program ini diadakan di perkarangan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Jalan Pedu.

Program anjuran SMA Al-Khairiah yang disertai seramai 200 orang ini telah dilancar dan dilepaskan oleh Ustaz Nurul Amin bin Hamid (Pegawai Khas Kanan kepada Menteri Besar Kedah), diiringi oleh Tuan ASP Mohd Yukhrul bin Mohd Yusoff (IPD Padang Terap) dan Dato’ Syed Sobri bin Syed Hashim (CEO Synergy Dot Com Sdn. Bhd).

DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP