home button

Kedah

KEDAH, 11 Jun 2022 - Majlis penyampaian hadiah Malaysian Sports League 2022 telah disempurnakan oleh En Abd Aziz bin Abd Rahman Pengarah Jabatan Belia dan Sukan kepada para pemenang. Tahniah kami ucapkan kepada para pemenang dan kesemua pasukan yang telah mengambil bahagian.

DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL JBSNK
KEDAH , 11 Jun 2022 telah berlangsung Kejohanan MSL 2022 Peringkat Negeri Kedah. 24 pasukan dipertandingkan untuk setiap jenis sukan iaitu Futsal (L/W), Bola Jaring dan Sepak Takraw. Pejabat Belia Dan Sukan seluruh Negeri Kedah terlibat dan menghantar kontinjen untuk bertanding dalam semua acara sukan yang dipertandingkan. 12 daerah yang terlibat.

DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL JBSNK

SIK KEDAH, 03 JULAI 2022 – Satu lawatan berkenaan Aspek Pengurusan Keselamatan Pejabat telah diadakan pada 30 Jun 2022 (Khamis) yang lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik, Sik, Kedah Darul Aman disini.

Tuan Pengarah JBSN Kedah bersama Timbalan Pengarah Belia, Timbalan Pengarah Sukan dan Pegawai Tadbir (EO) turut disertai oleh semua Pegawai Belia dan Sukan Daerah di Kedah melakukan lawatan melihat tatacara pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik dari segi Aspek Pematuhan Keselamatan Jabatan yang merangkumi Komitmen Pengurusan, Keselamatan Fizikal, Keselamatan Dokumen dan Keselamatan Peribadi dan ICT.

Hadir bersama Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik bersama-sama kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik.

DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)

SIK KEDAH, 03 JULAI 2022 – Daerah Sik menjadi lokasi Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Kedah 2022 yang disambut pada 30 Jun 2022 (Khamis) yang lalu bertempat Dewan Al-Hana, Kompleks Sukan Perdana, Majlis Daerah Sik, Kedah Darul Aman disini.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik turut berperanan dalam meraikan Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Kedah 2022 dalam mengadakan pertandingan sepak penalti yang dihadiri 16 pasukan mengambil bahagian dalam acara tersebut.

DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)