home button

Kedah

Kuala Nerang, 3 Julai 2022 –  Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Padang Terap dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Padang Terap telah mengadakan Program Rakan Muda Day Out - Gotong Royong Mesra Muda pada 2 Julai 2022 bertempat di Pusat Rekreasi Puncak Janing.

 Program Gotong Royong Mesra Muda ini merupakan Program RMDO siri ke dua peringkat Daerah Padang Terap 2022.

 Program yang melibatkan seramai 20 orang peserta ini di adakan bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni, semangat kesukarelawanan dan saling membantu dikalangan belia itu sendiri serta peka dengan keadaan sekeliling.

 DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)

SUNGAI PETANI, 30 JUN 2022:  Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda telah menganjurkan Program Walk For Life Peringkat Daerah Kuala Muda pada 30 Jun 2022 yang lalu bertempat di Perkarangan Bukit H Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah.

Seramai 50 orang peserta menyertai program tersebut yang terdiri daripada Agensi Kerajaan, Swasta dan juga Persatuan Kecergasan Daerah Kuala Muda. Program tersebut mendapat yang baik daripada semua yang menyertainya.

 

DISEDIAKAN OLEH: SITI FAIRUS BINTI MD ISA

 

 

SUNGAI PETANI, 30 JUN 2022:  Puspanita Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda telah menganjurkan Program Hiking Bukit H pada 30 Jun 2022 yang lalu bertempat di Bukit H Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah.

Seramai 35 orang peserta menyertai program tersebut. Ini adalah merupakan program yang pertama kali dianjurkan oleh Puspanita Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda pada tahun ini kerana selama dua tahun Negara kita dilanda Virus Covid 19 dan tidak dapat melaksanakan apa-apa sebarang aktiviti dan juga program.

 

DISEDIAKAN OLEH: SITI FAIRUS BINTI MD ISA

 

 

 

 

KEDAH, 25 Jun 2022 - tELAH Berlangsung Kejohanan MSL 2022 Peringkat Negeri Kedah. 24 pasukan dipertandingkan untuk setiap jenis sukan iaitu Basketball (L/W) dan Barminton (L/W) dan acara penutup disempurnakan oleh Encik Abd Aziz bin Abd Rahman Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah