Kedah
HARI SUKAN TAHUNAN SMK AGAMA AN-NAJAH DI KOMPLEKS RAKAN MUDA BALING 2022
- Butiran
- Pentadbir JBS Kedah
- Jumlah paparan: 6

BALING, 15 JUN 2022 – Telah berlangsung Hari Sukan Tahunan SMK Agama An-Najah yang telah dijalankan di Kompleks Rakan Muda Baling pada hari ini dengan pelbagai acara telah dijalankan oleh pihak sekolah itu . Hari Sukan Tahunan itu telah dimeriahkan dengan kehadiran seluruh pelajar dan guru-guru sekolah berkenaan.
Turut hadir merasmikan penutupan hari sukan tersebut En.Danial Shamad , wakil pegawai Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
PERJUMPAAN BERSAMA CRC KULIM
- Butiran
- Pentadbir JBS Kedah
- Jumlah paparan: 3
21 Jun 2022- Satu perjumpaan bersama antara PBSD Kulim dan Kulim Chinese Recriation Club diadakan di ruang tamu pejabat. Perjumpaan ini bertujuan membincangkan langkah dan kaedah penubuhan Persatuan Bola Keranjang Daerah Kulim. Taklimat disampaikan oleh En. Zaidi Zakariya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim. Pelbagai nasihat dan panduan telah diberikan agar matlamat penubuhan persatuan kelihatan lebih jelas serta memastikan kelestarian dan kemampanan persatuan. - PBSD KULIM
TAHNIAH ANIS!
- Butiran
- Pentadbir JBS Kedah
- Jumlah paparan: 2

7 Jun 2022- Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Kedah. Puan Nur Anis Binti Jaafar daripada PBSD Kulim merupakan salah seorang pegawai yang telah menerima anugerah tersebut yang dijalankan secara virtual. Seluruh warga PBSD Kulim dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah merakamkan ucapan tahniah dan sekalung penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan yang menerima penganugerahan tersebut.-PBSD KULIM
MALAYSIA SPORT LEAGUE (MSL) PERINGKAT NEGERI KEDAH 2022 (FUTSAL LELAKI&WANITA,BOLA JARING DAN SEPAK TAKRAW)
- Butiran
- Pentadbir JBS Kedah
- Jumlah paparan: 5

ALOR SETAR KEDAH, 11 JUN 2022 – Telah berlangsung sesi perlawanan Malaysia Sport League (MSL) peringkat Negeri Kedah di D’Futsal Centre bagi acara Futsal Dan Bola Jaring manakala Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah bagi acara Sepak Takraw.
Pejabat Belia Dan Sukan seluruh Negeri Kedah terlibat dan menghantar kontinjen untuk bertanding dalam semua acara sukan yang dipertandingkan. 12 daerah yang terlibat.
Kontinjen Kubang Pasu Berjaya membawa pulang hadiah:
Bola Jaring
Tempat Ketiga Bersama- Kubang Pasu ‘A’
- Kubang Pasu ‘B’
Sepak Takraw
Tempat ketiga - Kubang Pasu ‘B’
Pertandingan berakhir dengan jayanya dan hadiah disampaikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah En.Abd Aziz Bin Abd Rahman.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL IZZATI BINTI ABD AZIZ (PBSD KP-KSJ)