home button

Kedah

ALOR SETAR, 14 JUN 2022, Wisma Persekutuan Anak Bukit, Alor Setar:

Sesi Kunjungan Hormat oleh Tn. Abd Aziz Bin Abd Rahman (Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah) kepada Puan Zaiton Bt Yahya (Pengarah Pembangunan (ICU) Negeri Kedah). Warga Jabatan mengucapkan Tahniah dan Selamat Berkhidmat kepada Puan Pengarah ICU Negeri Kedah yang baru bertugas di Pejabat Pembangunan Negeri Kedah pada 31 Mei 2022.

Kunjungan hormat ini turut disertai oleh En. Mohammad Suhaimi Bin Md Saad (Timbalan Pengarah Belia), Pn. Siti Hasmah Bt Hassan (Timbalan Pengarah Sukan) dan Pn. Salwa Binti Senawi (Penolong Pengarah Kanan Rakan Muda).

Tujuan kunjung hormat ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim dan jaringan kerjasama strategik antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan Pejabat Pembangunan Negeri Kedah. Semoga usaha permulaan ini dapat menghasilkan hubungan yang baik antara kedua pihak.

DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL JBSNK

BALING, 26 JUN 2022 – Telah berlangsung pertandingan Bola Keranjang Malaysian Sports League (MSL) peringkat daerah Baling bagi tahun 2022 pada  25 Mei 2022 yang lalu di Dewan Yeok Chee Baling yang dianjurkan oleh PBSD Baling dan kerjasama Persatuan Bola Keranjang Daerah Baling.

Pertandingan yang dijalankan telah mendapatkan penyertaan yang memberangsangkan dari pasukan-pasukan sekitar daerah Baling di mana kategori lelaki dan wanita masing-masing sebanyak 5 pasukan . Turut hadir Pn.Siti Moktaroh , Pegawai Unit Sukan PBSD Baling .

DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)

BALING, 21 JUN 2022 – Telah berlangsung pertandingan Sepak Takraw Malaysian Sports League (MSL) peringkat daerah Baling bagi tahun 2022 pada  Mei 2022 yang lalu di Kompleks Rakan Muda Daerah Baling yang dianjurkan oleh PBSD Baling dan kerjasama Persatuan Bola Jaring Daerah Baling.

Pertandingan yang dijalankan berlangsung sehingga ke petang hari dengan pasukan KSK Kupang telah berjaya menjadi johan bola jaring MSL peringkat daerah Baling tahun 2022.

DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)

BALING, 12 JUN 2022 – Telah berlangsung Kejohanan MSL Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2022 yang telah diadakan di daerah Kota Setar yang menyaksikan kehadiran kontinjen MSL dari semua daerah dalam negeri Kedah . Tidak ketinggalan kontinjen MSL Daerah Baling yang terdiri dari pasukan futsal lelaki dan wanita , pasukan takraw dan bola jaring.

Kejohanan yang berlangsung selama sehari itu menyaksikan pasukan futsal lelaki dan sepak takraw MSL Daerah Baling berjaya sehingga ke peringkat suku akhir manakala pasukan bola jaring hanya setakat peringkat kumpulan. Namun , semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh kontinjen MSL Daerah Baling seharusnya mendapat pujian kerana tidak memberi menang mudah kepada pihak lawan sepanjang aksi kejohanan berlangsung.

DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)