home button

Kedah

ALOR SETAR, 17 JUN 2022 - Majlis APC 2021, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia  secara hibrid telah dianjurkan. Anugerah ini merupakan pengiktirafan bagi meraikan kecemerlangan warga KBS termasuklah warga jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK). 8 penerima dari JBSNKedah seperti nama berikut :-

1) En. Mohd Abdul Al Aliff Bin Hj Jenal (S41)

2) En. Mohd Abd Karim Khan Bin Mansor Ahmad Khan (S32)

3) En. Hazane Bin Muhamad Alwi (S32)

4) Pn. Nur Anis Binti Jaafar (S29)

5) Pn. Hamidah Binti Wahab (S22/KUP)

6) Pn. Nurul Ain Binti Mohd Zain (S19)

7) Pn. Azirah Binti Mohamad (N19)

8) En. Ikhwan Naim Bin Mahamadhir (N11)

Tahniah dan syabas di atas penganugerahan ini. Semoga terus cemerlang dan menjadi pemangkin semangat kepada warga JBSNKedah.

DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL JBSNK

ALOR SETAR, 16 JUN 2022 - Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah : Telah berlangsung dengan jayanya Program Inspire Italent di bawah Unit Pembangunan Sukan OKU, Bahagian Pembangunan Sukan dengan penyertaan seramai 35 orang peserta. Program ini merupakan  program kerjasama strategik bersama PESRON Kedah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Independent Living Centre (ILC) Permai UUM.  

Program ini dianjurkan sebagai platform bagi mengenalpasti dan mengcungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan warga OKU di negeri Kedah yang pastinya untuk diketengahkan sebagai pelapis atlet Para khususnya di negeri Kedah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Majlis Perasmian Penutup program telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah En. Abd. Aziz Bin Abd. Rahman. Turut bersama dalam majlis perasmian ini adalah En. Zamri Bin Zainol Abidin merupakan Bendahari PESRON mewakili Pengerusi PESRON, En. M. Shahadat bin Ali Nordin (Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan & Sokongan UUM), En. Meor Muhamad Afif Aiman B. Abu Bakar (Pengarah ILC permai UUM) dan Pn. Siti Hasmah Bt Hassan (Timbalan Pengarah Sukan) JBSNKedah.

Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Program Inspire Italent Peringkat Negeri Kedah Tahun 2022. Semoga program Pembangunan Sukan OKU seumpama ini dapat melahirkan bakat-bakat baru sebagai pelapis di masa akan datang.

DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL JBSNK

ALOR SETAR, 25 JUN 2022 - Program Hari Bertemu Pelanggan bersama Pejabat Pesuruhjaya Sukan peringkat Negeri Kedah telah dilaksanakan bertempat di Hotel Raia, Alor Setar, Kedah baru-baru ini. Turut serta dalam program tersebut, Pengarah JBSNK, Encik Abdul Aziz bin Abd Rahman.

Terima kasih diucapkan kepada semua badan sukan yang telah menyertai program ini dalam memastikan urus tadbir badan sukan terus ditambahbaik dan cemerlang.

DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL JBSNK

 

ALOR SETAR, 16 JUN 2022- Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah menerima kunjung hormat dari delegasi Junior Chamber International Malaysia (JCIM) diketuai oleh Naib Presiden Mr Tan Wei Jian dan disambut mesra oleh Tuan Abd Aziz Abd Rahman Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Antara perkara yang dibincangkan adalah mengadakan jalinan kerjasama program dan aktiviti yang bersesuaian dengan JBS Kedah pada masa hadapan.

 

DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL JBSNK