home button

Kedah

YAN, KEDAH - Bengkel Sukarelawan OKU Aktif 2022 selesai dilaksanakan bermula 24-26hb Jun 2022 bertempat di KAMC Yan Kedah. Bengkel ini merupakan program anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, , PESRON Kedah & Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah. Syabas dan tahniah atas penyertaan 61 orang peserta dari negeri Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tn. Abd Aziz Bin Abd Rahman (Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah). En. A Raman bin Musbah (Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan OKU) JBSNegara dan Pn. Siti Norbaya Bt Romli (Pengerusi PESRON Kedah) hadir sebagai tetamu jemputan dalam Majlis Perasmian Penutup tersebut. Harapan Semoga dengan pelaksanaan bengkel ini ianya dapat menyediakan pasukan Sukarelawan yang berkemahiran dan terlatih yang berkemampuan memberikan perkhidmatan yang dianjurkan oleh KBS mahupun agensi luar.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan Bengkel Sukarelawan OKU Aktif bagi tahun 2022.

DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL JBSNK

ALOR SETAR, KEDAH - 25 JUN 2022 Berlangsung Kejohanan MSL 2022 Peringkat Negeri Kedah. 24 pasukan dipertandingkan untuk setiap jenis sukan iaitu Basketball (L/W) dan Barminton (L/W) dan acara penutup disempurnakan oleh Encik Abd Aziz bin Abd Rahman Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah

DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL JBSNK

ALOR SETAR, 14 JUN 2022 - Sedang berlangsung Mesyuarat Pengurus Pasukan Liga Sukan Malaysia (MSL) Peringkat Negeri bagi acara Badminton dan Bola keranjang di KOMBES melibatkan semua daerah (pasukan johan dan naib johan)

DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL JBSNK

KEDAH, 23 JUN 2022 - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Kedah Sidang 2 Penggal 33 2021/2022

Sedang berlangsung MPBN Kedah yang diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Aras 6, Blok E Wisma Darul Aman. MPBN ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Firdaus Bin Ahmad (Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah) bagi membincangkan usul-usul yang dibawa oleh Majlis Belia Negeri Kedah dalam mencari penyelesaian dan titik persamaan untuk kesejahteraan masa depan belia dan beliawanis di Kedah khususnya.

Antara usul-usul yang dibawa adalah berkaitan sosial, ekonomi, pendidikan, agama dan infrastuktur seterusnya maklum balas daripada agensi-agensi yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembangunan belia di negeri ini.

Semoga dengan pelaksanaan MPBN pada sesi ini dapat membawa agenda dan suara belia dan beliawanis ke peringkat tertinggi seterusnya memacu pembangunan belia di negeri Kedah.

DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL JBSNK