home button

Kedah

Kuala Nerang, 29 Jun 2022 –  Program Padang Terap Enduro 2022  telah diadakan pada 24 dan 25 Jun yang lalu di Litar Motocross Felcra Belimbing Tualak. Program ini dianjurkan oleh D’Belimbing Homestay bersama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTAC) dan FELCRA.

Pelbagai aktiviti turut diadakan selain dari sukan lasak motocross, para peserta dan penduduk setempat turut disajikan dengan persembahan kebudayaan di sebelah malamnya.

Sebanyak 8 kategori telah dipertandingkan dalam Program Padang Terap Enduro pada kali ini. Program ini juga terbuka seluruh Malaysia.

Perasmian penutup dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YBM KPLB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid. Turut diiringi ketua-ketua Jabatan yang telah dijemput.

DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)

 

Kuala Nerang, 30 Jun 2022 –  Program Let’s Get Fit Siri 3 peringkat Daerah Padang Terap telah berlangsung hari ini di Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang. Program bersama Kolej Komuniti ini telah disertai seramai 100 orang peserta.

Program senamrobik pada kali ini lebih menekankan kearah kesihatan badan terutamanya kesihatan jantung. Program ini juga bertujuan untuk menerapkan dan membudayakan aktiviti bersenam dan amalan gaya hidup sihat selain dari aktiviti kecergasan lain.

DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)

KUALA NERANG, 30 JUN 2022 –  Perlawanan persahabatan Badminton antara kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah dengan kakitangan Kolej Komuniti Padang Terap telah berlangsung hari ini di Dewan tunku Putra, Kuala Nerang.

Perlawanan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua jabatan sekaligus memeriahkan lagi Program Let’s Get Fit pada kali ini.

Program ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kedua-dua pihak malah mampu melahirkan kakitangan ataupun masyarakat yg sihat dan secara langsung menyahut seruan kerajaan untuk bersukan.

DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)

DULANG KECIL, YAN, KEDAH 23 JUN 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan telah menganjurkan Program Walk For Life yang bertempat di Perkarangan Masjid Dulang Kecil. Program ini adalah dengan kerjasama Pejabat Perpaduan dan Intergrasi Nasional Daerah Yan.

Program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk sentiasa menjalani hidup secara sihat. Para peserta dimulai dengan membuat senamrobik ringan sebelum melakukan berjalan kaki secara santai santai ke Kuala Dulang Kecil. Sepanjang perjalanan mini tar itu peserta dihidangkan dengan kabus nipis dari sawah padi yang menghijau sehingga sampai di Kuala Dulang Kecil kemudian berpatah balik ke Masjid Dulang Kecil.

Hadir sama adalah Encik Mohamad Hapis bin Mohamad Shariff Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan,  Pegawai Perpaduan dan INtergrasi Nasional Daerah Yan serta AJK Kelab Rukun Tetangga  Daerah Yan .

DISEDIAKAN OLEH  : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)