Kedah
TERUSKAN USAHA PASUKAN BADMINTON KULIM
- Butiran
- Pentadbir JBS Kedah
- Jumlah paparan: 1
GUAR CHEMPEDAK, YAN, KEDAH 25 JUN 2022 – Majlis Belia Daerah Yan telah telah melaksanakan Program Pendidikan dan Kerjaya Parlimen Jerai di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Yan. Program dengan pengisian yang padat selama sehari ini adalah anjuran Majlis Belia Daerah Yan dan Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Jerai dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan.
Program ini adalah kesinambungan bersempena Hari Belia Negara 2022 yang telah disambut dari 15 Mei 2022. Pelbagai agensi menyertai program sehari ini antaranya Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) yang berpusat di Putrajaya, PERKESO Negeri Kedah, Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), Universiti Utara Malaysia (UUM), Rejimen Askar Wataniah serta pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan uniform dan IPT terlibat memeriahkan program ini.
Perasmian disempurnakan oleh YB Ustaz Sabri bin Azit Ahli Parlimen Jerai. Hadir sama adalah Pengarah Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM), Encik Mohamad Hafiz bin Haji Abu Hassan Pengerusi MBD Yan dan Ketua-Ketua jabatan kerajaan dalam Daerah Yan.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)
PROGRAM PENDIDIKAN DAN KERJAYA PARLIMEN JERAI
- Butiran
- Pentadbir JBS Kedah
- Jumlah paparan: 3

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PENDIDIKAN DAN KERJAYA PARLIMEN JERAI
- Butiran
- Pentadbir JBS Kedah
- Jumlah paparan: 1
GUNUNG JERAI, YAN, KEDAH 16 JUN 2022 – Majlis Belia Daerah Yan telah mengadakan satu mesyuarat penyelarasan bagi Program Pendidikan dan Kerjaya Parlimen Jerai. Mesyuarat dilaksanakan di The Jerai Resort dengan kerjasama Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Jerai.
Mesyuarat ini adalah bagi menyelaraskan penyertaan dan tindakan dari pelbagai agensi yang akan hadir dalam mengambil bahagian pada program yang akan diadakan pada 25 Jun 2022 di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Yan. Semua 38 agensi di peringkat negeri dan daerah hadir pada mesyuarat berkenaan.
Turut serta dalam mesyuarat adalah YB Ahli Parlimen Jerai, Tuan Penghulu Mukim Singkir yang mewakili Pegawai Daerah Yan dan Encik Johardi bin Rosla mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)
KULIM BERGELAR NAIB JUARA BOLA KERANJANG MSL NEGERI KEDAH
- Butiran
- Pentadbir JBS Kedah
- Jumlah paparan: 1
25 JUN 2022 – Kompleks Sukan Komuniti Jerlun, telah berlangsung Kejohanan Bola Keranjang Malaysia Sport Challange Peringkat Negeri Kedah. Daerah Kulim telah menghantar 2 buah pasukan untuk bersama bersaing di peringkat negeri. Pasukan Kulim B berjaya meraih gelaran Naib Johan setelah tewas di tangan pasukan Kubang Pasu A manakala pasukan Kulim A tewas di peringkat 16 terbaik.
Disediakan oleh PBSD Kulim