home button

Kedah


KULIM, KEDAH 16 FEBRUARI 2020
– Satu Ujian Kecergasan dan Jasmani Kebangsaan (UKJK) Malaysia Future Leader School (MFLS) i-Lead Tier 3 bertempat di Kem Wawasan Kulim, Kedah.  Seramai hampir 80 orang daripada 117 orang yang ditawarkan telah menjalani ujian ini.  Ujian ini merupakan salah satu kriteria yang diperlukan selain daripada temuduga bersama panel yang dilantik. Turut hadir bersama ini En Dharzuky bin Daud @ Zakaria daripada i-Lead Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.    

 

DISEDIAKAN OLEH:  NAZERAH BINTI MD NAJIB (PBSD KULIM)

POKO SENA KEDAH, 16 FEBRUARI 2020 –  Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena menerima seorang kakitangan baharu iaitu Puan Nurul fitriah Bt Hj Drani S19/22 (Kup) pada 08.12.2019 yang lalu.  Kekosongan yang di isi ini adalah kerana Puan Nudra Shafini Bt Abdul Mutalib  Gred S19 di tukarkan ke Kompleks Belia dan Sukan Alor Staq. Menurut Puan Nurul fitriah bt Hj Drani yang telah berkhidmat selama 18 tahun di Daerah Langkawi, ini satu pengalaman serta cabaran baharu, dimana beliau akan bekerjasama dengan sahabat-sahabat , Agensi2 Kerajaan & Swasta serta Ngo Belia dan Sukan di Daerah ini. Amanah dan tanggungjawab yang diberikan  akan dilaksanakan sebaik mungkin dengan sokongan dari rakan sepejabat demi pembangunan belia dan sukan di daerah ini katanya lagi.

 

DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD POKOK SENA)

POKOK SENA KEDAH, 16 FEBRUARI 2020 –  Memasuki tahun baru 2020,cabaran kerja akan bertambah mengikut situasi semasa dan arahan dari pihak atasan.  Oleh itu hari ini telah mengadakan satu mesyuarat Pengurusan PBSD Pokok Sena Bil 1/2020 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena. Kehadiran antaranya Encik Hafiz Bin Shaufit Affandi , Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Encik Khairul Anuar Bin Mohd Salleh, Pembantu tadbir, Puan Siti Noriah Bt Abdul Razak dan Puan Nurul Fitriah Bt Hj Drani kedua-duanya S19/22 (Kup).

Beberapa isu dan perkara di dibincangkan antaranya Pelupusan aset, permohonan Kompleks Sukan Komuniti Pokok Sena serta kecerian pejabat. Selain itu Pengerusi turut menekankan perkara-perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua kakitangan antaranya  kemuafakatan,bekerjasama dan saling membantu dalam mengerakkan aktiviti dan juga kelancaran pengurusan pejabat.

DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD POKOK SENA)

SIK KEDAH, 16 FEBRUARI 2020 – Program Pemanduan Berhemah & Asas Penjagaan Motorsikal untuk anak muda Sik telahpun berlangsung dengan jayanya pada 18.01.2020 hingga 20.01.2020 yang lalu bertempat di sekitar Daerah Sik, Kedah Darul Aman dan di Tanah Rata Cameron Highlands, Pahang disini.

Program ini adalah anjuran Pusat Khidmat Penyelaras Parlimen Sik dengan kerjasama Kelab Harapan Bikers Utara. Seramai 30 orang peserta terdiri daripada anak-anak muda daerah Sik mengikuti program ini.

Turut diadakan sempena program tersebut, Slot Teknik Asas CPR dari Pejabat Kesihatan Cameron Highland dan Teknik Pemanduan Cara Betul oleh JPJ Cameron Highlands.

Hadir bersama di hari perasmian program tersebut, En. Azli Bin Che Uda, Penyelaras Parlimen Sik dan wakil Tuan Ketua Polis Daerah Sik serta wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik.

DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)