home button

Kedah

KEDAH,  Satu taklimat pelaksanaan program telah dilaksanakan di Bilik Gerakan Negeri ,Wisma Darul Aman antara urusetia persidangan dari Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah , Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah serta calon-calon yang bakal mewakili setiap Parlimen di Persidangan Belia Kedah.

Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan objektif pelaksanaan program, perjalanan program persidangan serta peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh calon semasa persidangan. Sesi taklimat telah disempurnakan oleh Dato’ Paduka Ahmad Bin Kasim, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman. 

 

KEDAH,  Majlis Persidangan Dun Belia Kedah Sidang I (Wakil Adun) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Aman Alor Setar baru-baru ini. Persidangan ini telah diwakili oleh barisan calon yang terdiri daripada 36 orang belia yang berumur diantara 18 hingga 30 tahun bagi mewakili Adun Parlimen masing-masing. Pelbagai isu telah dibangkitkan untuk dibincangkan dalam persidangan tersebut bagi sama-sama memberikan pandangan serta idea dalam mencapai kata sepakat dan penyelesaian terhadap isu atau perkara yang terjadi amnya di Negeri Kedah. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Mohd Asmirul Anuar Bin Aris, Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Pelancongan, Seni Budaya dan Pembangunan Usahawan Negeri Kedah.

 

 

KEDAH, Majlis Persidangan Dun Belia Kedah Sidang II (Wakil Institusi) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Aman Alor Setar baru-baru ini. Persidangan ini telah diwakili oleh barisan calon yang terdiri daripada 36 orang belia yang berumur diantara 18 hingga 30 tahun bagi mewakili Adun Parlimen masing-masing. Pelbagai isu telah dibangkitkan untuk dibincangkan dalam persidangan tersebut bagi sama-sama memberikan pandangan serta idea dalam mencapai kata sepakat dan penyelesaian terhadap isu atau perkara yang terjadi amnya di Negeri Kedah. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Mukhriz Bin Tun Mahathir, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman.

 

KEDAH, Buat pertama kalinya, Sidang Dun Belia Negeri Kedah dilaksanakan di negeri ini. Persidangan melibatkan empat siri iaitu mewakili Adun, institusi, Sekolah dan pertubuhan Belia di Negeri Kedah. Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran generasi muda dalam meneruskan kepimpinan Negara untuk disamping memberi pendedahan kepada belia mengenai proses undang-undang yang dibuat serta pemahaman mengenai pentadbiran Negara . Setiap siri dalam persidangan ini akan diwakili oleh 36 orang calon mewakili Parlimen tertentu yang berumur di bawah 30 tahun. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Mukhriz Bin Tun Mahathir, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman. Dalam Ucapannya, YAB Menteri berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang bagi memberi pendedahan kepada anak muda disamping melatih golongan ini yang amnya bakal menjadi pemimpin dimasa hadapan.