home button

Kedah

SUNGAI PETANI KEDAH, 22 SEPTEMBER 2019 – Seorang pelajar praktikal Diploma Sains Sukan daripada UiTM Perlis iaitu Cik Syaza Nur Nadirah bt Afzainizam telah tamat menjalani latihan praktikal di Pejabat Belia danSukan Daerah Kuala Muda dan diraikan dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda terima kasih dalam membantu tugas-tugas di pejabat.

Selama latihan praktikal di sini beliau telah banyak membantu menjayakan program Fun Run Merdeka @ Komuniti dan Selempang Explorace selama tiga hari yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Haji Omar Tahir, selain itu, beliau juga telah membantu dalam menjayakan pameran di Kolej Komuniti Sungai Petani.

Tahniah diucapkan dan Selamat Maju Jaya kerana telah menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sains Sukan di UiTM Perlis..

DISEDIAKAN OLEH : MOHD ABDUL AL ALIFF BIN HJJENAL (PBSD KUALA MUDA)

ALOR SETAR KEDAH, 22 SEPTEMBER 2019 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar baru – baru ini telah mengadakan sesi kunjung hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar yang diwakili sendiri oleh Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar, Puan Siti Hasmah Binti Hassan.

Pertemuan tersebut disambut oleh Tuan Zainura Bin Zambri, Penyelia Sukan, PPD Kota Setar mewakili Pegawai PPD Kota Setar. Pertemuan selama sejam itu bagi membincangan  pelaksanaan Bulan Sukan Negara (BSN) yang akan berlangsung sepanjang bulan Oktober ini di mana program ini melibatkan beberapa Sekolah di sekitar Daerah Kota Setar. Menurut Puan Siti Hasmah Hassan berkata, program kali ini akan berjalan selama sebulan sepanjang bulan Oktober tidak seperti tahun – tahun sebelum ini yang hanya diadakan pada hujung minggu pertama pada bulan Oktober. Tambah beliau penglibatkan pelajar sekolah serta orang ramai jelas menunjukkan hasrat Kerajaan bagi memastikan setiap peringkat umur menjalani gaya hidup aktif tidak mustahil akan tercapai. Ini Jelas menunjukkan graf aktiviti sukan seperti berbasikal, larian dan aktiviti  kecergasan lain kian meningkat disamping kesedaran isu berkaitan kesihatan dan kecergasan seseorang individu.

Di dalam pertemuan tersebut kedua – dua belah pihak mendapat persetujuan bagi menjalin kerjasama menjayakan BSN pada tahun ini. Turut serta ke sesi tersebut Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar, Encik Mohd Izuan Bin Saidin

DISEDIAKAN OLEH : MOHD AZRAI BIN NOOR AZHAR ( PBSD KOTA SETAR)

 

 

PENDANG KEDAH, 22 SEPTEMBER 2019 – Program Bulan Sukan Negara bakal berlangsung serentak di seluruh negara pada bulan Oktober nanti. Pada tahun ini, pihak JBSNK  telah sebulat suara memilih daerah Pendang sebagai lokasi pelaksanaan Program Bulan Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah. Tapak program adalah di perkarangan Mini Stadium Pendang dan Majlis Perasmian program juga bakal dilancarkan di sana oleh YAB. Menteri Besar Kedah.

Bagi mengenalpasti kesesuaian aktiviti dan acara yang bakal dilaksanakan, beberapa orang pegawai merangkap Jawatankuasa Persiapan Tempat, Jawatankuasa Pengurusan Acara/ aktiviti  dari JBSNK, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Pendang dan Pegawai dari Pejabat Daerah Pendang telah hadir ke lokasi program bagi meninjau, merancang dan merangka pelan kedudukan bagi setiap aktiviti yang bakal dianjurkan. Semua kemudahan dan keperluan program juga turut dikenalpasti bagi memastikan aktiviti dan perasmian program berjalan dengan lancar nanti.

DISEDIAKAN OLEH : NURUL ‘AIN BT MOHD ZAIN (JBSNK)

SIK KEDAH, 22 SEPTEMBER 2019 – Program Fit Malaysia@Community Fun Ride 2.0 2019 Peringkat Daerah Sik telah pun berlangsung dengan jayanya pada 14 September 2019 (Sabtu) yang lalu bertempat di Kolej Komuniti Sik, Sik, Kedah Darul Aman di sini.

Acara kayuhan basikal Fun Ride ini melibatkan kayuhan sejauh 37km dan telah mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 300 orang peserta/penunggang basikal terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat turut serta mengambil bahagian dalam menyemarakkan Fit Malaysia@Community Fun Ride 2.0 2019 Peringkat Daerah Sik.

Acara kecergasan ini telah dianjurkan oleh secara bersama antara Kolej KomunitiSik, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik dengan mendapat bantuan serta kerjasama yang jitu daripada Saujana Cycling Club (SCC)Sik dan sokongan daripada IbuPejabat Polis Daerah (IPD) Sik.

DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)