home button

Kedah

JITRA KEDAH, 03 JULAI 2022 – Program Prolog Sistem Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Kedah 2022 telahpun diadakan dengan jayanya pada 27 Jun 2022 (Isnin) yang lalu bertempat di Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah Darul Aman disini.

Program ini dilaksanakan untuk memperkenalkan dan mempraktikkan fungsi Sistem ARPRM kepada semua pihak yang terlibat dalam pengurusan ARPRM terutamanya Pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah yang melaksanakan ARPRM, Pemimpin Badan Operasi ARPRM dan juga Peserta ARPRM.

Bagi Daerah Sik, 3 orang peserta telah menghadiri program ini. En. Mohammad Alia Hanis Bin Rosmadi, Pegawai Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik telah hadir bersama-sama dengan pemimpin Badan Operasi ARPRM Daerah Sik.

Majlis penutup dan penyampaian sijil kepada peserta Program Prolog Sistem Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Kedah 2022 telah disempurnakan oleh Pn. Salwa Binti Senawi, Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.

DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)

SIK KEDAH, 03 JULAI 2022 – Daerah Sik menjadi lokasi Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Kedah 2022 yang disambut pada 30 Jun 2022 (Khamis) yang lalu bertempat Dewan Al-Hana, Kompleks Sukan Perdana, Majlis Daerah Sik, Kedah Darul Aman disini.

Dengan Tema “100 Tahun Gerakan Koperasi, Membangun Keluarga Malaysia” telah mengadakan pelagai aktiviti untuk penduduk Daerah Sik khususnya. Peranan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik turut serta dalam mengadakan pertandingan sepak penalti dan penalti “shot out” bola jaring.

Majlis Perasmian Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Kedah 2022 telah disempurnakan oleh YB. Tan Sri  Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)

Kuala Nerang, 30 Jun 2022 –  Tuan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah menerima kunjungan oleh Tuan Pengetua Dari Sekolah Menengah Agama Al- Khairiah.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan aktiviti sukan yang bakal di laksanakan di daerah ini yang turut sama melibatkan kerjasama antara pihak pejabat dengan sekolah ini serta pejabat-pejabat kerajaan lain yang ada di sini.

Perbincangan ini juga turut membincangkan isu semasa dan permasalahan yang dihadapi golongan belia disini didalam sektor sukan dan kecergasan.

DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)

Kuala Nerang, 28 Jun 2022 –  Program Let’s Get Fit For Women telah diadakan pada 24 Jun yang lalu di perkarangan studio Cleopatra, Pedu. Dua acara telah dipilih untuk dijadikan aktiviti utama bagi program ini. Acara Tarik Tali telah menjadi acara yang ke dua selepas selesainya senamrobik.

Acara ini telah melibatkan 4 pasukan yang antaranya diwakili oleh pasukan dari Pejabat Kesihatan Daerah dan dari pasukan penduduk setempat

Acara ini pertama kalinya diadakan untuk golongan wanita disini. Sambutan dan komitmen padu yang diberikan diluar jangkaan.  

Anjuran program sukan seperti ini dapat memberi ruang dan peluang lagi kepada golongan wanita setempat untuk bersukan kembali setelah negara dilanda pandemik Covid19 - kata Pengendali Club Cleopatra kepada kakitangan dari PBSD Padang Terap.

Peserta yang terlibat menyambut baik program ini dan berharap agar pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah sudi untuk mengadakan lagi program sukan sebegini pada masa yang akan datang.

DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)