home button

Kedah

KEDAH, 30 JULAI 2022 - Telah berlangsung di Bengkel Pengenalan Industri Sukan baru-baru ini di Hotel Seri Malaysia Alor Setar anjuran  Sekretariat Industri Sukan (SIS) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Bengkel ini melibatkan 40 orang peserta daripada Jabatan Belia dan sukan Kedah dan Jabatan Belia dan sukan Perlis.
Bengkel ini bertujuan bagi memastikan Kelestarian Ekosistem Industri Sukan di Malaysia dapat dijayakan sepenuhnya dengan sokongan dan peranan para Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Dan Negeri sehingga ke akar umbi. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Mustaza Bin Ahmad (Ketua Sekretariat Industri Sukan KBS)
DISEDIAKAN OLEH: PENTADBIR PORTAL (JBSNK)
KEDAH, Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2022 telah berlangsung pada 13 Julai 2022 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah (KOMBES) dipengerusikan oleh Tuan Abd Aziz Abd Rahman Pengarah JBSNK . Terima kasih diucapkan kepada agensi-agensi kerajaan dan NGO's yang hadir.
DISEDIAKAN OLEH: PENTADBIR PORTAL (JBSNK)
KEDAH, 25 JULAI 2022 - Telah berlangsung di Program Active Aging & Wellness Peringkat Negeri Kedah di Kompleks Belia dan sukan Negeri Kedah baru-baru ini.
Program ini melibatkan tiga segmen iaitu Segmen Active, Segmen Awareness dan Segmen Creative Lifestyle yang melibatkan 58 orang peserta dari kalangan warga emas (60 tahun dan ke atas) dari seluruh Negeri Kedah.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs.Dr. Muhammad Amer bin  Shafie (Timbalan Pengarah) Hospital Sultanah Bahiyah mewakili Pengarah.
DISEDIAKAN OLEH: PENTADBIR PORTAL (JBSNK)
YAN, 28 JULAI 2022 - Selesai KPO Siri 1 2022 (Kedah Selatan) Yang Berlangsung Pada 27-28 Julai Di KAMC Yan Dengan Penyertaan 42 Org Peserta Dari Daerah Baling, Bandar Baharu, Kulim, Kuala Muda, Sik Dan Yan.
Majlis Penutup Telah Disempurnakan Oleh En. Mohammad Suhaimi Bin Md Saad Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah.
Terima Kasih Diucapkan Kepada Para Peserta, Urusetia Dan Pegawai Serta Kakitangan JBSNK Yang Terlibat Bagi Menyempurnakan KPO Ini. Sehingga Kita Berjumpa Lagi Di Siri 2.
 
DISEDIAKAN OLEH: PENTADBIR PORTAL (JBSNK)