home button

Kedah

BANDAR BAHARU, 7 DISEMBER 2021 - Program Gotong-Royong Batu Hampar, Air Puteh, Serdang, Kedah yang dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Persatuan Belia Melayu Aktif (PEBMA) dan Majlis Belia Daerah Bandar Baharu bersempena Hari Kesukarelawanan Belia 2021 diadakan dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermula jam 8.00 pagi pada 5 Disember 2021 yang lalu. Program dimulakan dengan Sesi Pendaftaran peserta dan diteruskan dengan majlis perasmian oleh Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, Encik Muhammad Afnan Bin Mohd Roze.Program diteruskan lagi degan aktiviti gotong-royong yang melibatkan beberapa kawasan iaitu pembersihan tandas, tapak niaga, laluan pejalan kaki dan taman kanak-kanak. Program ini merupakan salah satu usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk menggalakkan dan melahirkan sukarelawan di kalangan belia di samping memberi pendedahan tentang kepentingan silaturahim, persaudaraan dan memupuk budaya hormat-menghormati. Turut serta bersama-sama ialah Ahli-Ahli Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu, Syarikat E-Idaman Sdn. Bhd., Penghulu Mukim Serdang serta warga belia dan beliawanis yang mewakili pelbagai NGO di Daerah Bandar Baharu.DISEDIAKAN OLEH : RAMLI SANI BIN SOPIAN (PBSD BANDAR BAHARU)
BANDAR BAHARU, 7 DISEMBER 2021 - Mesyuarat Penyelarasan Program Hari Derma Peringkat Daerah Bandar Baharu Tahun 2021 ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet pada dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu / YDP Majlis Daerah Bandar Baharu merangkap Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK. Mesyuarat dimulakan dengan aluan Tuan Pengerusi dan disusuli dengan tayangan video Program Hari Derma Darah Peringkat Daerah Bandar Baharu Tahun 2020. Agenda mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan pembentangan berkaitan cadangan penganjuran Program Hari Derma Darah Peringkat Daerah Bandar Baharu yang dijadualkan pada 11 Disember 2021 bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Dewan Seri Serdang dekat sini. Program yang akan dijalankan ini merupakan program anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu. Pengerusi Majlis Belia Bandar Baharu yang turut  menyertai mesyuarat tersebut menyeru kepada semua ahli persatuan belia dan sukan di daerah ini untuk bersama menderma darah pada hari tersebut.DISEDIAKAN OLEH : RAMLI SANI BIN SOPIAN (PBSD BANSAR BAHARU)
PANTAI MURNI YAN, 7 DISEMBER 2021 – Majlis Belia Daerah Yan melangkah setapak lagi dalam menyampaikan sumbangan kepada masyarakat dan agensi yang memerlukan. Terkini MBD Yan mengadakan Program Infaq Al-Quran kepada agensi yang memerlukan.Bertempat di Masjid Badlishah Pekan Yan, MBD Yan telah menyampaikan sumbangan AL-Quran kepada Pengerusi Masjid Badlishah. Tujuan infaq Al-Quran ini adalah bagi memberikan kemudahan kepada pelajar-pelajar tahfiz di bawah seliaan Masjid berkenaan.Hadir menyampaikan infaq berkenaan adalah Encik Mohd. Hafiz bin Abu Hassan Pengerusi MBD Yan bersama beberapa AJK MBD Yan. Infaq Al-Quran ini diterima oleh Tn Haji Ahmad bin Rukunudin Pengerusi & Imam Masjid Badlishah Pekan Yan. beliau juga merupakan mantan Pengerusi MBD Yan dari tahun 1994-1996. DISEDIAKAN OLEH  : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)
SUNGAI LIMAU, YAN. 7 DISEMBER 2021 – Program aktiviti sukan sentiasa mendapat tempat dikalangan masyarakat. Penganjuran sukan di komuniti setempat sentiasa diadakan sebagai satu inisiatif untuk mengeratkan silaturrahim. Kelab Rakan Masjid AlSultan Abdul Halim Muadzam Shah telah menganjurkan Pertandingan Tertutup Sepak Takraw Sungai Limau. Penyertaan pasukan dibuka hanya kepada anak-anak kariah masjid sekitar Sungai Limau. Sebanyak 10 pasukan diterima sepanjang pertandingan sehari tersebut.Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Ustaz Sabri bin Azit Ahli Parlimen Jerai. Hadir bersama pada majlis tersebut adalah Pengerusi dan AJK Masjid AlSultan Abdul Halim Muadzam Shah.DISEDIAKAN OLEH  : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)