JOHOR BAHRU, 8 Mac 2020: Satu perbincangan tidak formal berkaitan pelaksanaan Dialog Kerja Belia telah diadakan antara pihak I-Lead Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bersama Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Puan Hafizah binti Mohd Fadzil selaku Penolong Pengarah Modal Insan I-Lead KBS manakala di peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor diwakili oleh Encik Nik Mohd Azuan bin Ahmad Rostam, Encik Redha Anwar bin Mohamad dan Encik Muhammad Zulhelme bin Daud. Pihak I-Lead telah memaklumkan pelaksanaan Dialog Kerja Belia tersebut dijangka akan diadakan pada 12 April 2020 bertempat di Universti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat. Sasaran peserta bagi dialog ini adalah dikalangan pekerja belia yang terlibat secara sukarela dalam pembangunan belia.

Disediakan oleh Bahagian Belia JBSN Johor