Batu Pahat, 11 Mac 2020 - Telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-2 Kelab Memanah Bitara Persada (KMBP) di Pejabat Daerah Batu Pahat oleh Kelab Memanah Bitara Persada (KMBP). 

Mesyuarat agung pada kali ini membincangkan tentang perancangan takwim tahun 2020 dan perkara-perkara berbangkit berkenaan penganjuran Kejohanan Memanah berskala besar (indoor/outdoor), penganjuran kursus asas memanah dan kursus kehakiman memanah. 

Turut hadir ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat, Setiausaha Majlis Sukan Daerah Batu Pahat, Pegawai Memerintah Batalion Ke-10 RAMD Kem Majidee, ahli jawatankuasa tertinggi kelab dan wakil ibu bapa atlet memanah Batu Pahat.

Disediakan oleh PBSD Batu Pahat