JOHOR BAHRU, 8 Mac 2020: Satu kunjung hormat dan perbincangan telah diadakan melibatkan beberapa pengerusi pertubuhan belia di dalam daerah Mersing di ketuai oleh Encik Azmir bin Zainal Abidin bersama Encik Shahsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bertempat di Bilik Mesyuarat JBSJ. Kunjung hotmat tersebut selain untuk berkenalan dan mengetahui aspirasi pengarah yang baharu dalam menjayakan pembangunan belia di Negeri Johor, turut dibincangkan tentang halatuju pertubuhan belia di daerah Mersing yang mana mereka memohon pertolongan dalam menubuhkan Majlis Belia Daerah Mersing yang baharu agar pertubuhan-pertubuhan belia yang sedia ada dapat bergerak dengan  teratur.

Disediakan oleh Bahagian Belia JBSN Johor