home button

Johor

Larkin,19 Jun 2022- #Inimasakita merupakan tema bagi Hari Belia Negara pada tahun ini. Majlis Belia Daerah Johor Bahru telah mengadakan satu mesyuarat penyelarasan bersama Ketua-ketua badan gabungan. Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan program-program Belia di peringkat Daerah Johor Bahru pada tahun ini dan antaranya adalah Hari Belia Negara Peringkat Daerah Johor Bahru. Turut hadir dalam mesyuarat pada hari ini Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru.

Semoga segala perancangan yang telah direncanakan bersama-sama ini dapat dilaksanakan dengan jayanya !

#MajlisBeliaDaerahJohorBahru

#IniMasaKita

Disediakan oleh PBSD Johor Bahru

MERSING, 18 JUN 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing dengan kerjasama Penghulu Mukim Padang Endau, Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (JOYDEC), Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) Semanyir, Kelab Belia Sepakat Bandar dan Southern Volunteers Mersing telah mengadakan program Rakan Muda Day Out (RMDO) Peringkat Daerah Mersing Tahun 2022 Siri 1 di Balai Raya Kampung Semanyir, Endau.

Seramai 26 orang sukarelawan termasuk penduduk Kampung Semanyir, Endau telah berganding bahu membersihkan balai raya dan mengecat semula bangunan tersebut.

Encik Mohd Ezwan bin Jamigoe, Penghulu Mukim Padang Endau dan Puan Suzana binti Haji Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mersing turut hadir dan bersama-sama sukarelawan sepanjang program ini diadakan.

Terima kasih atas komitmen semua agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang meluangkan masa hari ini terutama kepada Tuan Haji Shafie bin Kassim, Pengerusi JPKK Semanyir yang menyambut baik program ini. Semoga usaha murni dan kerjasama erat yang terjalin melalui program ini dapat terus meningkatkan hubungan baik di antara agensi kerajaan dengan komuniti setempat. We are just one country, one mind.

#pbsdmersing

#rmdomersing2022

Disediakan oleh PBSD Mersing

Tangkak, 18 Jun 2022 - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah melaksanakan Program Prolog Sistem ARPRM Peringkat Negeri Johor 2022 yang melibatkan seramai 40 orang peserta daripada Pegawai-pegawai Belia dan Sukan Daerah, Badan Operasi ARP, Pemimpin ARP serta Penggerak ARP.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan mempelajari tatacara penggunaan aplikasi/ sistem dalam pembangunan ARPRM. Selain itu, penggunaan aplikasi/ sistem adalah selaras dengan saranan kementerian untuk melahirkan golongan belia yang celik IT.

Program yang dilaksanakan di Kolej Komuniti Ledang, Tangkak ini telah dirasmikan oleh Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir Puan Siti Hazwani binti Rosli, Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Ledang & Puan Nur Hashiqin binti M Ali Othman, Unit Latihan dan Pentauliahan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

#JBSNBersama

#jbsjohor

#arprm

Disediakan oleh JBSN Johor

17 JUN 2022, JOHOR BAHRU - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada 6 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KBS 2021 dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Antara penerimanya ialah :

1. En. Abd Isa bin Abd Rasah;

2. Pn. Yuslizai binti Yusoff;

3. En. Mohd Al-Aswat bin Ab Rahaman;

4. En. Mohd Khairul Asraf Hafizi bin Mohamad Noor;

5. En. Mohamad Syafiq bin A Aziz; dan

6. En. Rosli bin Yusoff.

Semoga anugerah ini menjadi pemangkin semangat kepada penerima-penerima untuk terus berdedikasi dan komited dalam melaksanakan tugasan sepanjang perkhidmatan.

Syabas dan tahniah!

#TeamKBSMalaysia

#JBSNBersama

#APCKBS2021

#JBSJohor

Disediakan oleh JBSN Johor