Johor
PERBINCANGAN DAN LAWATAN TAPAK FITMALAYSIA 2019 EDISI JOHOR
- Butiran
- Pentadbir JBS Johor
- Jumlah paparan: 306
KEM BAKAT PARA MEMANAH PERINGKAT NEGERI JOHOR
- Butiran
- Pentadbir JBS Johor
- Jumlah paparan: 401

Mutiara Rini, Johor Bahru. 6 Ogos 2019 - Sedang berlangsung Kem Bakat Para Memanah Peringkat Negeri Johor di Lapang Sasar Memanah Mutiara Rini, Skudai. Program ni adalah kerjasama di antara Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Persatuan Memanah Negeri Johor. Seramai 17 peserta OKU, 6 orang pengiring, 2 orang urusetia, 4 orang jurulatih, dan 3 orang pegawai telah bersama-sama menjayakan kem bakat pada kali ini.
Disediakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Johor
PROGRAM FITMALAYSIA@COMMUNITY 2019 PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU
- Butiran
- Pentadbir JBS Johor
- Jumlah paparan: 341


7 Ogos 2019, Johor Bahru - Program FitMalaysia@Community 2019 Peringkat Daerah Johor Bahru (siri l) telah diadakan di Kolej Vokational (ERT) Azizah, Johor Bahru.
Turut hadir Puan Hajah Che Norehan Bt Aziz, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Cik Belinda Michelle Anak Benedict Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru. Dengan Kerjasama dari Kelab Sukan Senamrobik Tampoi.
Disediakan oleh PBSD Johor Bahru
KUNJUNGAN HORMAT KELAB MEMANAH BITARA PERSADA (KMBP) KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BATU PAHAT
- Butiran
- Pentadbir JBS Johor
- Jumlah paparan: 437
BATU PAHAT, 7 Ogos 2019 - Kunjungan hormat Kelab Memanah Bitara Persada (KMBP) ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat.
Satu sesi perbincangan tentang hala tuju pembangunan sukan memanah daerah Batu Pahat telah diadakan yang dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat yang turut disertai oleh Majlis Sukan Daerah Batu Pahat.
Pelbagai agenda yang dibincangkan termasuklah perancangan jangka pendek dan jangka panjang aktiviti sukan memanah, kerjasama dan kolaborasi jabatan/agensi kerajaan dalam pembangunan sukan memanah daerah Batu Pahat serta pelbagai perancangan promosi dan hebahan bertujuan menarik penyertaan sukan memanah.
#TeamKBS
#PBSDBP
#YouthPower
#LetsGetFit
Disediakan oleh PBSD Batu Pahat