home button

Johor

BEKOK, 4 Disember 2019 - Kem Motivasi Belia 2019 anjuran Persatuan Belia Cergas Kayu Ara Pasong Pontian di Tapak Perkhemahan Takah Pengkoi, Bekok, Segamat yang berlangsung dari 2 - 4 Disember 2019 telah dirasmi tutup oleh YBrs. En. Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian pada jam 12.00 tengah hari.

Pada peringkat awal perancangan penyertaan oleh Persatuan adalah seramai 40 orang sahaja namun demikian pihak persatuan telah membuka penyertaan lagi sehingga mencecah 140 orang. Penyertaan yang luar biasa ini memberi semangat kepada para jurulatih untuk membantu para belia yang memerlukan khidmat motivasi kepada mereka.

Selama 3 hari 2 malam peserta didedahkan dengan pengalaman hidup berdikari di samping memupuk semangat setiakawan dikalangan peserta.

Turut sama ke Kem ini ialah En. Lim Kim Huat, Pengerusi Persatuan Belia Cergas Kayu Ara Pasong, Pontian.

Disediakan oleh PBSD Pontian


MERSING, 10 DISEMBER 2019 - Program 'Town Hall' Penyalahgunaan Dadah dan Pelencongan Sosial Daerah Mersing 2019 telah diadakan pada hari ni bertempat di Perkarangan Masjid Taman Sri Bayu, Mersing dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang.

Program ini telah dirasmikan oleh YAD Datin Dr. Nila Armila binti Mukdan, Pengerusi Jasmine Negeri Johor. YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib, ADUN Kawasan Endau, YBhg. Tuan Asman Shah bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Mersing, YBhg Puan Halimah binti Mohd Rashid, Pengerusi NGO Wanita Daerah Mersing turut hadir.

Program diserikan dengan kehadiran Ustaz Akhil Hay yang menjadi moderator 'Town Hall' dengan panel yang terdiri dari AADK, PDRM, PKD, PPD dan juga Pejabat Kadi. Kehadiran Ameng turut mencuri perhatian semua tetamu hari ini dengan suara yang masih mantap.

Semoga dengan adanya program sebegini dapat memberi impak positif kepada semua.

Disediakan oleh PBSD Mersing


Johor Bahru, 10 Disember 2019 Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Kontinjen Johor bagi Temasya Para Sukma XX 2020. Mesyuarat ini diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan dihadiri oleh semua Jurulatih dan Penggerak Sukan Para. Mesyuarat pada kali ini dipengerusikan oleh Pn Normala binti Daman, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Disediakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan JBS Johor


12 Disember 2019, Majlis Sukan Negeri Johor telah menjemput Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor untuk mengadakan perlawanan persahabatan Badminton yang diadakan di Dewan Besar Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor. Pasukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor diketuai oleh Cik Fadhilah binti Ahmad Timbalan Pengarah Belia dan Pasukan Majlis Sukan Negeri Johor diketuai oleh En Mohd Azrul Aminurashyid bin Arbain.

Disediakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan JBS Johor