home button

Johor


KOTA ISKANDAR, JOHOR BAHRU - 20 JANUARI 2020. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Shamsuhaime bin Basir telah mengadakan kunjung hormat ke atas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato' Dr. Hj. Badrul Hisham bin Kassim. Dalam pertemuan tersebut selain membincangkan mengenai program-program Belia dan Sukan untuk tahun 2020 turut dibincangkan juga berkaitan pelaksanaan Pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668). Kerajaan Negeri Johor amat komited tentang pembangunan belia di Negeri Johor dan akan bersama-sama menjayakan agenda tersebut.

Disediakan oleh Bahagian Pembangunan Belia JBSN Johor


MERSING, 19 Januari 2020 - Seramai 25 orang belia dari Daerah Pontian telah menyertai Kem Belia Harapan Johor Tahun 2020 yang diadakan di Felda Residence Tanjung Leman bermula 18 Januari 2020 dan berakhir pada 19 Januari 2020. Kem ini dianjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Johor dengan kerjasama AADK Daerah-Daerah Negeri Johor.

Kem ini menyasarkan penglibatan belia setempat berumur diantara 18 - 30 tahun bagi memberikan pendedahan berkaitan kesukarelawan dan kepimpinan selain bertujuan membantu AADK dalam perlaksanaan program.

Majlis Perasmian Penutup di sempurnakan oleh YB. Tuan Mohd Khuzzan b. Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor.

#MembasmiDadahAdalahTanggungjawabKitaBersama
#MarilahBertindakSegera
#BeliaBenciDadah

                

Disediakan oleh PBSD Pontian


PONTIAN, 29 November 2019
- Seramai 159 orang telah menyertai program ini. Program ini diadakan bagi menggalakkan masyarakat membudayakan gaya hidup aktif di samping mengeratkan perpaduan antara kaum.

Program ini dilaksanakan di Laman Di Raja Pontian yang bermula seawal 7.00 pagi dan berakhir jam 9.00 pagi. Selain pengisian aktiviti Senamrobik turut diadakan aktiviti Cabutan Hadiah Bertuah sebanyak 30 unit sebagai penaik semangat kepada peserta.

Program ini diselaraskan oleh Kelab Sukan Kecergasan Pulai Sebatang dan dibantu oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian.

Turut sama hadir En. Mohamed Azrul Syam b. Mohamed Yusof, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.

Disediakan oleh PBSD Pontian


1DISEMBER 2019. JOHOR BAHRU
 -  Majlis penutup  Penyampaian Sijil Tamat Latihan Program Keusahawan Belia Bestari (B-Best) 2019 Peringkat Zon Selatan yang telah berlangsung pada 1Disember  2019 bertempat di Dewan Che Ika , Jalan Haji Manan, Taman Lian Seng , Kluang, Johor.

Majlis ini adalah memberi penghargaan dan terima kasih kepada Majikan yang memberi latihan dan peluang kepada peserta yang mengikuti  program ini selama dua (2)  bulan bagi Negeri Johor dan Negeri Sembilan.  Para peserta yang tamat mengikuti latihan turut mendapat sijil Tamat Latihan rogram Keusahawan Belia Bestari (B-Best) 2019.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh En. Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Disediakan oleh Bahagian Pembangunan Belia , JBSN Johor