home button

Johor


7 September 2019, Kluang
- Program FitMalaysia@Community Peringkat Daerah Kluang (Siri I) sempena Karnival Kesihatan Peringkat Daerah Kluang 2019.

Program ini dirasmikan oleh YB Mohd Khuzzan bin Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor. Turut hadir, Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Ismail bin Abu dan Ketua-ketua jabatan di daerah Kluang.

Program ini dilaksanakan oleh Persatuan Kecergasan Daerah Kluang.

Disediakan oleh PBSD Kluang


6 September 2019. JOHOR BAHRU -  Majlis penutup Program Kem Juara Usahawan Belia Bestari (B-Best) 2019 Peringkat Zon Selatan yang telah berlangsung pada 2 hingga 6 September  2019 bertempat di Savanna Hill Resort & Hotel , Ulu Tiram, Johor Bahru Johor. Peserta seramai 24 orang yang mengikuti kursus ini dari Negeri Johor , Melaka dan Negeri Sembilan .

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan, mencetuskan kesedaran, keinsafan dan penyesalan dalam kalangan peserta terhadap kesilapan lampau, membangunkan jatidiri para belia dan membuka peluang kepada para belia untuk membina kerjaya hidup yang cemerlang. Selepas ini para peserta akan Peserta akan mengikuti latihan selama dua (2) bulan di premis / industri yang dipilih. Industri/usahawan/penyedia latihan/majikan bekerjasama memberi latihan berbentuk latihan sambil bekerja .

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Cik Fadhilah bte Ahmad, Timbalan Pengarah Bahagian Belia , Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Disediakan oleh Bahagian Pembangunan Belia , JBSN Johor


PONTIAN, 15 September 2019 - Program Ekspresi Komuniti (EK) Johor 2019 telah menamatkan siri Jelajahnya apabila bersiaran di lokasi terakhir iaitu Daerah yang ke-10 di Daerah Pontian. Hampir 200 orang komuniti Belia setempat menyertai Sesi Townhall yang diadakan bermula jam 9.00 malam dan berakhir kira-kira jam 11.30 malam di tapak Pontian Street Bundle, Pusat Perdagangan Pontian.

Acara santai itu disertai oleh Panel-panel yang terdiri daripada YB. Tn. Sheikh 'Umar Bagharib b. Ali, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor dan YBhg. Dato' Ismail Ibrahim, CEO IRDA. Moderator Sesi Townhall ini ialah Saudara Azizul Abdul Latif.

Turut hadir bagi memberi sokongan ialah YB. Yeo Tung Siong, ADUN Kawasan Pekan Nanas dan YB. Muhammad Taqiuddin b. Cheman, ADUN Pulai Sebatang. Hadir sama wakil-wakil rasmi Pejabat Daerah Pontian, Majlis Daerah Pontian dan Majlis Belia Daerah Pontian.

Tujuan program ini dilaksanakan untuk mendapat data mengenai keperluan-keperluan anak muda yang berpersatuan dan tidak berpersatuan untuk persediaan Bajet Johor 2020 khususnya di bawah sektor pembangunan belia.

Untuk makluman, Program ini dianjurkan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB), Kerajaan Johor dan IKLAS dengan kerjasama Pusat Pembangunan Negeri Johor (JOYDEC) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Disediakan Oleh PBSD Pontian


SERKAT PONTIAN, 16 September 2019 - Seramai 350 orang peserta telah menyertai Program FitMalaysia@Community Setengah Tahun Ke-2 (Siri 1) 2019 sempena Karnival Penghujung Selatan Benua Asia anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Johor di Dataran Serkat, Pontian.

Program bermula seawal jam 7.00 pagi dimulai dengan aktiviti pemanas badan iaitu Senamrobik yang diketuai oleh Instruktor-instruktor Kelab Sukan Kecergasan Pulai Sebatang, Pontian. Manakala acara kayuhan berbasikal sejauh 30km pula bermula jam 8.00 pagi yang dilepaskan oleh YBhg. Tn. Dr. Hj. Khalid b. Hj. Jusoh, Pentadbir Tanah Pontian wakil rasmi Tuan Pegawai Daerah Pontian. Turut hadir ke Program ini ialah En. Roslan Penghulu Mukim Serkat dan En. Mohamed Azrul Syam b. Mohamed Yusof, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.

Program tamat kira-kira jam 11.00 pagi dengan penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah kepada peserta-peserta Program.

                                                   

Disediakan Oleh PBSD Pontian