home button

Johor


PEKAN NENAS,PONTIAN 8 Februari 2020 - Persatuan Belia Cergas Pontian bersama Kelab Taekwondo Cergas dan Way Out Adventure telah mengadakan Program Gongxi Raya 2020. Program ini dirancang dan dilaksanakan oleh peserta-peserta Pingat Emas Anugerah Remaja Perdana (ARP). Untuk makluman, Persatuan Belia Cergas ini merupakan Badan Operasi (BO) ARP Rakan Muda yang aktif sekitar Pekan Nanas.

Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian telah mewakili YBhg. Tn. Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Johor, En. Shamsuhaime b. Basir untuk hadir bagi memeriahkan sambutan Program tersebut. Turut hadir sama ADUN Pekan Nanas, YB Yeo Tung Siong.

Program ini bermula 12.00 tengah hari dan tamat kira-kira jam 2.00 petang.

Disediakan oleh PBSD Pontian


10 Februari 2020 , Kota Iskandar,Johor Bahru, Mesyuarat Koordinasi Gerak Kerja Sukarelawan bersama Jawatankuasa SUKMA dan Para SUKMA XX Johor 2020 Bil.1/2020 diadakan di Bilik Mesyuarat Sport Johor Sdn Bhd yang dipengerusikan oleh En.Shamsuhaime bin Basir selaku Pengerusi Jawatankuasa Sukarelawan .

Ianya bertujuan untuk menyelaraskan taburan sukarelawan dan perbincangan pelaksanaan latihan spesifik bersama Jawatankuasa SUKMA DAN PARA SUKMA XX JOHOR 2020.

#DTTROOPERS
#SUKARELAWANSUKMA2020
#SUKMAJOHOR2020
#SEMARAKJUARA

Disediakan oleh Bahagian Rakan Muda JBSN Johor


Bandar Penawar, Kota Tinggi ,13 Februari 2020- Taklimat dan lawatan kerja daripada Pegawai Ibu pejabat JKR Kuala Lumpur dan pegawai JBS Terengganu ke KRMSAU. Taklimat disampaikan oleh En. Shamsuddzukha bin Hj Hashim, Pengurus KRMSAU. Tujuan lawatan tersebut untuk meninjau dan menjadi model serta cadangan pembinaan baharu Kompleks Sukan Air di Pulau Dugung, Kuala Nerus, Terengganu. Turut hadir taklimat tersebut wakli rasmi pengarah JBS Johor, Puan Sri Juita, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi

Disediakan Oleh KRMSAU Johor


16 Februari 2020, Alor Gajah Melaka – Program Jamboree Kem Anak Muda (KAMU) #Youth Power 2020 telah di anjurkan oleh Majlis Belia Felda bersama Youth Power Clubber tempat di Kem Permata Resort Alor Gajah, Melaka. Program ini telah bermula pada 14 hingga 16 Februari 2020.Seramai 273 orang peserta telah menyertai program tersebut yang terdiri daripada peserta daripada Majlis Belia Felda Wilayah Segamat, Johor Bahru, Raja Alias, Mempaga dan Kuantan. Selain dari itu, peserta –peserta juga terdiri daripada Program AMWAL JBS Negeri - Negeri. JBS Negeri Johor telah menghantar seramai 6 orang peserta dari Daerah Johor Bahru.

Program ini telah dirasmikan oleh En. Shamsuhaime Bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor mewakili Dr Zainah Binti Shariff Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir bersama En. Noorman Bin Ramlan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Pn. Junaine Binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, En. Muhammad Fadzli Bin Hasan, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, En. Jufitri Bin Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia, En. Nik Hasrul Bin Mohd Zainuddin, Ketua Unit Pembangunan Komuniti Felda.

Disediakan oleh Bahagian Belia JBSN Johor