home button

Johor

Johor Bahru 28 JUN 2022 - Program Inspire i-Talent Peringkat Negeri Johor anjuran Unit Pembangunan Sukan OKU dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, sebuah platform pencarian bakat baru dalam bidang sukan OKU telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor (KOMBES), Larkin melibatkan seramai 66 orang pelbagai kategori OKU daripada seluruh Negeri Johor.

Objektif program antara lain adalah untuk mencari bakat baharu sukan OKU sebagai persediaan pelapis ParaSukma dan Paralimpik Negara. Antara pengisian program adalah senamrobik, sesi pengenalan dan saringan acara sukan seperti Ping Pong, Badminton, Memanah, Powerlifting, Lawn Bowl, Catur, Olahraga, Tenpin Bowling dan Boccia.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan turut diiringi oleh wakil daripada JPNJ dan JKMJ.

 

Disediakan oleh JBSN Johor

SEGAMAT 26 JUN 2022 Telah berlangsung Progaram Rakan Muda Day Out Siri 1 Daerah Segamat bertempat di Tabika KEMAS Perumahan Awam Batu Anam yang disertai seramai 4 orang pensyarah dan 20 orang penuntut Sijil Teknologi Senibina dari Kolej Komuniti Segamat 2.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dengan kerjasama Kolej Komuniti Segamat 2 dan Pejabat KEMAS Segamat ini adalah bertujuan untuk mengalakkan dan melahirkan sukarelawan dikalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab. Mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.

Puan Nor Dalila binti Abd Rahman, Pengarah Kolej Komuniti Segamat 2 telah menyempurnakan majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil kepada peserta. Turut hadir di majlis tersebut Encik Maizatul Asrul bin Mohd Yunus Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, Puan Rohana binti Talib Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran, Puan Faraedda binti Eychah Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Pejabat KEMAS Parlimen Segamat dan Encik Mohammad Norzamani bin Mat Daud Pengerusi Tabika KEMAS Perumahan Awam Batu Anam.

 

Disediakan oleh PBSD Segamat

Desaru, Kota Tinggi, Johor - Program MyFit@Motosport Kursus Sukan Bermotor 4X4 Offroad telah berlangsung dari 24 hingga 25 Jun 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU), Desaru.

Seramai 17 orang peserta peminat pemotoran dalam kalangan belia dan penggerak sukan daripada Daerah Johor Bahru, Tangkak dan Kota Tinggi serta berapa kelab dan persatuan sukan telah menyertai kursus ini.

Objektif program antara lain adalah untuk memberi pendedahan asas pengendalian kenderaan pacuan empat roda merangkumi modul teori dan latihan praktikal.

 

Disediakan oleh JBSN Johor

TEBRAU, JOHOR BAHRU.  26 Jun 2022 (Ahad): Sedang berlangsung aktiviti Pembersihan Tanah Perkuburan Taman Istimewa, Tebrau anjuran Pejabat Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Madrasah Tahfiz Ullumuddin dan Masjid Jamek Kangkar Tebrau bermula dari Jam 8.00 Pagi. Aktiviti ini disertai seramai 30 orang peserta, turut serta Pn Belinda Pegawai Belia dan Sukan daerah Johor Bahru dan Pn Nurul Amira binti Mazlan Wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor datang bagi memantau program yang sedang dijalankan.

Disediakan oleh PBSD Johor Bahru