home button

Johor


PONTIAN, 19 Oktober 2019 - Telah berlangsung Program BMX Fun Ride sempena Bulan Sukan Negara (BSN) Pontian 2019 yang disertai oleh YB. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Dataran Majlis Daerah Pontian jam 7.45 malam. Sejauh 10km Fun Ride ini dilakukan dan seramai 150 orang peserta komuniti BMX Pontian/ Batu Pahat/ Johor Bahru menyertainya.

Pelepasan oleh YBrs. Puan Wardah Husin, Penolong Pengarah (Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan YBrs. En. Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.

Program ini dianjurkan oleh Komuniti BMX Pontian dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian.

Disediakan oleh PBSD Pontian


AYER BALOI,PONTIAN, 19 Oktober 2019 - Kejohanan Softball Slowpitch sempena Bulan Sukan Negara (BSN) Daerah Pontian 2019 yang dianjurkan oleh Kelab Sofball Tambor dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian. Kejohanan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Tahniah!

Disediakan oleh PBSD Pontian


PONTIAN, 19 Oktober 2019 - Telah berlangsung Kejohanan Memanah Sirkit Pembangunan Daerah Pontian sempena Bulan Sukan Negara (BSN) Daerah Pontian 2019 dari jam 7.30 pagi - 1.30 tengah hari. Ianya dianjurkan oleh Kelab Memanah Pontian (PAC), PIBG SEDAR & Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian.

Penyampaian Hadiah oleh YBhg. En. Mazli b. Hashim, Guru Besar SK Bandar Pontian dan En. Mohamed Azrul Syam b. Mohamed Yusof wakil rasmi Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.

Tahniah!

Disediakan oleh PBSD Pontian


JOHOR BAHRU, 24 November 2019 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan Kerjasama Persatuan Sukan Senamrobik Negeri Johor dan Sekolah Kebangsaan Princess Elizabeth Johor Bahru telah mengadakan Program Inspire iTrain Peringkat Negeri Johor. Antara Sukan yang diadakah adalah Lawn Ball, Renang, Olahraga, Pingpong, Badminton, Memanah, Angkat Berat dan Boccia. Perasmian Penutup telah disempurnakan Oleh Guru Besar Sekolah Rendah Princess Elizaberth iaitu, En Mazli bin Hassan. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada Penggerak Sukan , Jurulatih dan Pihak sekolah dalam menjayakan program Inspire iTrain ini.

 

Disediakan oleh Bahagian Sukan JBSN Johor