home button

Johor


MUAR, 17 Oktober 2019 – Pertandingan Ragbi Rimau U11 Sempena Bulan Sukan Negara 2019 daerah Muar telah berjaya dilaksanakan bertempat di SK Seri Jong, Muar.
Pertandingan ini telah disertai oleh 12 buah pasukan yang mewakili beberapa sekolah di dalam daerah Muar. Pasukan SK Parit Latif telah dinobatkan sebagai Johan pada pertandingan kali ini menewaskan Pasukan SK Seri Jong di perlawanan akhir.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muar mengucapkan ribuan terima kasih pihak yang terlibat sama menjayakan ini.
Program ini dikelolakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muar dengan kerjasama Kelab Ragbi Queenstown.

Disediakan oleh PBSD Muar


MUAR, 17 Oktober 2019 – Program FIT@BSN Siri 2 diteruskan lagi bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh bermula jam 7.30 pagi dengan melakukan aktiviti senamrobik.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan dan pelajar IKTBN Pagoh yang terlibat sama menjayakan Fit@BSN Siri 2 kali ini. Program ini dikelolakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muar dengan kerjasama Fufoo Studio.

Disediakan oleh PBSD Muar


SEGAMAT, 17 Oktober - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dengan kerjasama MFZ Motorsport telah berjaya melaksanakan Program Youth Career Siri 2 Daerah Segamat : Kursus Asas Penyelenggaraan dan Baik Pulih Kenderaan Pacuan Empat Roda. Kursus lima hari itu yang bermula pada 13 Oktober lepas diakhiri dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil yang disempurnakan oleh CIk Fadhilah Ahmad, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Daerah Segamat.

Seramai 10 orang pelatih terdiri dari belia berumur 18 - 30 tahun telah menyempurnakan 5 modul yang ditetapkan dalam tempoh pembelajaran selama 40 jam. Antara modul yang dipelajari adalah Pengurusan Keselamatan Tempat Kerja, Penyelenggaraan Kenderaan, Sistem Pacuan Empat Roda, Sistem Break, Bahan Api dan Pelinciran dan Sistem Enjin Diesel Turbo.

Selain teori, mereka juga diberikan penekanan terhadap aspek praktikal secara hands - on bagi memastikan para pelatih benar - benar memahami apa yang dipelajari.

Turut bersama di dalam majlis tersebut adalah Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, Tuan Haji Sallehen Mohamed (Pengerusi Majlis Belia Negeri Johor) dan Encik Mohd Faiz Mohamed (Pengurus MFZ Motorspot)

Dalam ucapannya, Cik Fadhilah menegaskan "Menerusi Program Y Career, kita ingin melihat bagaimana belia kita boleh mengembangkan bakat dan kemahiran yang mereka pelajari untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Ia juga boleh dijadikan asas untuk mencipta kerjaya, sama ada bekerja dengan majikan atau sebagainya, dalam bidang yang telah dipelajari."

"Para peserta juga akan dipantau selama 6 bulan oleh Kementerian Belia dan Sukan menerusi Pejabat Belia dan Sukan Daerah bagi mengenalpasti sejauh mana mereka mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari," tambah beliau lagi.

Sementara itu menurut Encik Maizatul Akmal, Kerajaan menerusi Bajet 2020 amat menekankan penglibatan belia menerusi kemahiran iaitu TVET (Pendidikan Latihan Vokasional dan Teknikal). Ini kerana, menurut beliau, TVET atau kemahiran ini berperanan penting dalam memacu ekonomi dan ruang pekerjaan pada masa ini dan hadapan.

Di samping sijil tamat latihan, para pelatih juga dihadiahkan dengan satu set kit alatan baikpulih kenderaan. Ia telah disampaikan oleh Tuan Haji Sallehen, Presiden MBNJ. Tahniah kepada semua pelatih Y Career Siri 2 Daerah Segamat yang berjaya menamatkan program dan semoga mereka dapat memanfaatkan kemahiran yang dipelajari.

Disediakan oleh PBSD Segamat

 
19 Oktober 2019, Kluang:
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom menganjurkan Sambutan Bulan Sukan Negara dan Hari Anestesia Sedunia 2019 Negeri Johor yang diadakan di Dataran Taman Tasik Kluang, Johor. 

Antara aktiviti yang diadakan adalah Aerobikton, BSN Fun Ride (30km), BSN Fun Run (5km), BSN Fun Walk dan Anestesia Fun Walk (3km), bola jaring kanak-kanak, futsal kanak-kanak, bola keranjang, bola jaring dewasa, bayblade, persembahan seni silat Pesaka, Kabaddi dan Pemeriksaan Kesihatan. Seramai 3,500 orang peserta yang menyertai program ini.

Program ini  juga telah dirasmikan oleh YB Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali Pengerusi Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor.

Disediakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Johor