home button

Johor

PONTIAN, 25 Mei 2022 - Pada jam 3.00 petang bertempat di Bilik Majlis Belia Daerah (MBD) Pontian telah diadakan sesi taklimat dan pengundian Pertandingan Badminton Berpasukan Program Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Pontian Tahun 2022.

Sesi dimulakan dengan sedikit peringatan dan pesanan YBrs. Encik Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian tentang hasrat dan objektif pelaksanaan Program MSL ini. Seterusnya diadakan sesi taklimat dan undian oleh pihak teknikal Persatuan Badminton Amatur Daerah Pontian yang diketuai oleh Mr. Yeo Ser Peng.

Sebanyak 9 pasukan dijangka akan beraksi pada 28 Mei 2022 (Sabtu) ini di DBC Sports Arena, Taman Nilam, Pontian. Ayuh, kita bagi sokongan!

#MalaysiaSportsLeague2022

#SukanMenjanaPerpaduan

#SukanUntukSemua

Disediakan oleh PBSD Pontian

SEGAMAT 21 Mei 2022(Sabtu): Telah berlangsung Pertandingan Sepak Takraw Antara Regu "Malaysia Sports League" (MSL) 2022 Daerah Segamat yang dijalankan di Dewan Sepak Takraw Segamat. Pertandingan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dengan kerjasama Kelab Taekwondo Cosmos dan Persatuan Sepak Takraw Segamat bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang.

Pertandingan yang disertai sebanyak 16 buah regu ini telah dimenangi sekaligus menjadi Johan pertandingan adalah regu PESTAS A, Naib Johan regu Batu Anam C manakala berkongsi ditempat Ketiga adalah Regu MBD dan Regu Batu Anam B.

Penyampaian hadiah kemenangan telah disempurnakan oleh Presiden Majlis Belia Negeri Johor Salleheen Mohamad yang diiringi Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, Encik Maizatul Asrul bin Mohd Yunus dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat saudara Mohd Faiz Hj Mohamad

Johan dan Naib Johan pertandingan ini akan mewakili Daerah Segamat ke pertandingan peringkat Negeri.

Disediakan oleh PBSD Segamat

PONTIAN, 21 Mei 2022 - Seperti dijadualkan, Pertandingan Futsal Lelaki dan Wanita Program Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Pontian Tahun 2022 berjalan dengan baik pada hari ini. Pertandingan yang bermula jam 9.00 pagi itu disertai seramai 290 orang peserta dalam Daerah Pontian dan mendapat kerjasama pihak PR GEMILANG selaku tuan rumah tempat pelaksanaan.

Johan bagi kategori Lelaki dan Wanita telah menerima Hadiah Wang Tunai sebanyak RM1000.00, Medal, Sijil Penyertaan dan layak mewakili Daerah Pontian ke Peringkat MSL Negeri Johor kelak. Manakala Naib Johan Lelaki dan Wanita menerima Hadiah Wang Tunai sebanyak RM700.00, Sijil Penyertaan dan juga layak mewakili Daerah Pontian ke Peringkat MSL Negeri Johor.

Majlis Penyampaian Hadiah disampaikan oleh YBrs. Encik Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian. Turut sama Encik Zaidi Abu Bakar, Penyelaras Pertandingan Futsal MSL Pontian 2022. Berikut adalah keputusan Pertandingan Futsal Lelaki dan Wanita Program Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Pontian Tahun 2022 :

Kategori Lelaki

1. PATELLA FC

2. PKFC

3. COLLECT FC

3. BOSSKU

Kategori Wanita

1. CELTIC LADIES

2. SOUTHERN VOLUNTEERS

3. SILVER LINING

3. TUNDER BOLD

Sumber : Penyelaras Futsal MSL Pontian.

Tahniah kepada pemenang-pemenang! Pertandingan tamat kira-kira jam 7.00 malam.

#MalaysiaSportsLeague2022

#FutsalLelakiWanita

#Selesai

Disediakan oleh PBSD Pontian

Batu Pahat, 21 Mei 2022 - Telah berlangsung acara Futsal sempena Malaysia Sports League (MSL) Tahun 2022 Peringkat Daerah Batu Pahat.

Acara futsal ini dirasmikan oleh YB Puan Nor Rashidah binti Ramli ADUN Parit Raja dengan diiringi Encik Muhamad Izham Bin Ahmad wakil rasmi Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat.

Pertandingan yang bermula pada jam 9 pagi ini melibatkan penyertaan seramai 16 pasukan lelaki & 6 pasukan wanita yang terdiri dari pelbagai peringkat umur.

Justeru bagi Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Puan Erni Nurshanisza binti Mohd Markhaza dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Sazran & team dari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) atas penganjuran bersama dalam pelaksanaan program ini.

Tahniah kepada semua pemenang!

#MSLBP2022 #PBSDBP #Futsal #SukanMenyatukan

Disediakan oleh PBSD Batu Pahat