home button

Johor

SEGAMAT 29 Mei 2022 (Ahad): Pasukan Bola Keranjang Lelaki SwarriorS dan Pasukan Bola Keranjang Wanita Steady muncul Johan di Pertandingan Bola Keranjang (3 lwn 3) "Malaysia Sports League" (MSL) 2022 Peringkat Daerah Segamat yang berlangsung di Dewan Bola Keranjang Segamat.

Pertandingan yang dijalankan dengan kerjasama Persatuan Bola Keranjang Segamat ini telah disertai sebanyak 8 pasukan bagi kategori Lelaki dan 5 pasukan bagi kategori wanita. Format pertandingan dijalankan secara liga diperingkat kumpulan dan kalah mati pada pusingan seterusnya.

Bagi kategori lelaki telah dimenangi Pasukan SwarriorS, Naib Johan Pasukan SwarriorS B, berkongsi ditempat ketiga adalah pasukan CPM Trading dan Happy. Manakala bagi kategori wanita dimenangi pasukan Steady, Naib Johan pasukan "3ON3 Basket Ball" berkongsi ditempat Ketiga pasukan "TCTCT" dan pasukan "Ying Cheng B".

Puan Cheng Mooi Hoon, Setiausaha Persatuan Bola Keranjang Segamat yang diiringi saudara Mohd Faiz Hj Mohamad Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang, turut hadir dimajlis tersebut ialah Encik Hasdi Ismail .

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Persatuan Bola Keranjang Segamat diatas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan pertandingan untuk tahun 2022 dan tahniah kepada semua pasukan yang menyertai. Semoga berjumpa lagi ditahun hadapan.

#SukanUntukSemua

Disediakan oleh PBSD Segamat

SEGAMAT 28 Mei 2022 (Sabtu): Telah berlangsung Pertandingan Bola Jaring "Malaysia Sports League" (MSL) 2022 bertempat di SJK(C) Jagoh, Segamat. Pertandingan yang disertai sebanyak 12 pasukan ini dijalankan secara liga diperingkat kumpulan dan kalah mati pada pusingan seterusnya.

Pasukan "Hot Shots NC" telah dinobatkan sebagai Johan pertandingan pada tahun 2022 ini, manakala pasukan "Dragonite NC”muncul Naib Johan dan berkongsi ditempat Ketiga adalah pasukan "TNT NC" dan Gegadis NC.

Majlis penyampaian hadiah pertandingan telah disempurnakan oleh Guru Besar SJK(C) Jagoh Encik Pang Koon Sing yang diiringi oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, Encik Maizatul Asrul bin Mohd Yunus. Turut bersama dimajlis tersebut, saudara Mohd Faiz Hj Mohamad Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat dan Puan Rus Mizi binti Ibrahim Timbalan Presiden Persatuan Bola Jaring Segamat.

Ucapan jutaan terima kasih kepada Persatuan Bola Jaring Segamat atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan pertandingan ini. Tahniah kepada pemenang dan pasukan-pasukan yang menyertai. Semoga berjumpa lagi ditahun hadapan.

#SukanUntukSemua

Disediakan oleh PBSD Segamat

Batu Pahat, 28 Mei 2022 - Telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw sempena Malaysia Sports League (MSL) Tahun 2022 Peringkat Daerah Batu Pahat.

Kejohanan yang diadakan di Dewan Terbuka Lorong Telekom, Ayer Hitam ini bermula dari jam 9 pagi inj melibatkan penyertaan seramai 16 pasukan yang terdiri dari pelbagai peringkat umur. Johan dan Naib Johan akan ke peringkat Negeri mewakili daerah Batu Pahat.

Justeru bagi Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Puan Erni Nurshanisza binti Mohd Markhaza dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Tajul & team dari Kelab Sepak Takraw JYP Suria serta Encik Md Shahrezan Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Ayer Hitam atas penganjuran bersama dalam pelaksanaan program ini.

Tahniah kepada semua pemenang!

#MSLBP2022 #PBSDBP #SepakTakraw #SukanMenyatukan

Disediakan oleh PBSD Batu Pahat

PONTIAN, 28 Mei 2022 - Pasukan Sepak Takraw MPPn membuktikan kehebatannya apabila membolot semua Hadiah Wang Tunai sebanyak RM1400 hari ini. Pertandingan yang bermula jam 9.00 pagi itu di sertai 16 pasukan yang majoritinya adalah penduduk Pontian dan berlangsung di Dewan Muafakat MPPn, Taman Sri Sentosa, Pekan Nanas.

Manakala di DBC SPORTS ARENA, Taman Nilam pula berlangsungnya Pertandingan Badminton Berpasukan bagi merebut Hadiah Wang Tunai keseluruhan sebanyak RM2300. Dalam pertandingan tersebut, Pasukan YES SPORT telah menjadi Johan yang mengalahkan Pasukan INFINITY A. Tempat ketiga bersama ialah Pejabat Daerah Pontian dan pasukan INFINITY B. Untuk rekod, Sebanyak 7 pasukan telah menyertai MSL2022 Pontian Badminton Berpasukan ini.

Kedua-dua Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBhg En. Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian bersama Encik Mat Rashid bin Jahlil, Presiden Persatuan Badminton Negeri Johor dan Encik Mohd Razi Masuan, Persatuan Pengadil Sepak Takraw Daerah Pontian.

Turut sama memeriahkan Pertandingan ialah dengan kehadiran YB. Puan Hasrunizah Hassan, ADUN Pulai Sebatang dan YB. Encik Tan Eng Meng, ADUN Pekan Nanas yang memberi sokongan moral kepada pemain-pemain.

Pertandingan kedua-dua Acara ini tamat kira-kira jam 7.00 malam.

Terima kasih atas sokongan anda!

#MalaysiaSportsLeague2022

#SukanUntukSemua

#SukanMenjanaPerpaduan

Disediakan oleh PBSD Pontian