home button

Johor

13 Jun 2022, Johor Bahru - Kunjung Hormat Kepada Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor oleh Majlis Belia Daerah Johor Bahru yang diketuai oleh Pengerusi, En Mohd Sidek bin Roslan. Turut hadir bersama ialah Pn. Belinda Michelle binti Benedict, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru.

Kunjung Hormat ini adalah bertujuan untuk membentangkan perancangan program-program belia yang akan dilaksanakan oleh Majlis Belia Daerah Johor Bahru bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru pada tahun 2022/2023.

Terima kasih YB Hairi Md Shah atas segala pandangan,nasihat dan sokongan yang telah diberikan.

#BELIAJOHOR

#KASIJADI

Majlis Belia Daerah Johor Bahru

Disediakan oleh PBSD Johor Bahru

Kluang, 11 Jun 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kluang dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kluang telah melaksanakan Program Rakan Muda Day Out (RMDO) Siri 1 di Gunung Lambak, Kluang.

Semangat sukarelawan telah disemarakkan oleh hampir 30 belia dan beliawanis tempatan dengan melaksanakan aktiviti gotong royong pembersihan Gunung Lambak, Kluang.

Ucapan penutup telah disampaikan oleh Cik Izyana Najihah Binti Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kluang. Turut hadir Naib Yang DiPertua Majlis Belia Daerah Kluang, Encik Mohammad Iszuan bin Mohd Lehan.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan Program Rakan Muda Day Out Siri 1.

#rakanmudadayout

#rakanmuda

#kluang

#johor

#kbsmalaysia

#kbs

Disediakan oleh PBSD Kluang

JOHOR BAHRU, 11 Jun 2022 (Sabtu) - Perlawanan yang sangat mendebarkan berakhir dengan kemenangan oleh Pasukan PLN seterusnya melayakan pasukan ini ke peringkat Negeri mewakili Pasukan Johor Bahru.

Jutaan terima kasih Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru ucapkan kepada Persatuan Bola Jaring Daerah Johor Bahru di atas kelancaran program yang telah berlangsung di Dewan Terbuka MBJB, Padi Malinja 14, Bandar Baru Uda.

Tahniah kepada semua pasukan yang berjaya dan tidak lupa juga syabas kepada semua peserta atas semangat juang yang tinggi sepanjang menyertai pertandingan Bola Jaring Malaysia Sports League peringkat daerah Johor Bahru 2022 ini.

Berikut adalah keputusan para pemenang Bola Jaring MSL Daerah Johor Bahru 2022 :

JOHAN : PLN

NAIB JOHAN : Crystal

TEMPAT KETIGA BERSAMA : Johor Cop & ACE

#KBSMalaysia

#MSL2022

#johorbahru

Disediakan oleh PBSD Johor Bahru

Pontian, 11 Jun 2022 - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah melaksanakan Program Kelab Rakan Muda @ Kompleks Rakan Muda (KRM@KRM) Peringkat Negeri Johor 2022 yang melibatkan seramai 30 orang peserta daripada Kelab Rakan Muda Tanjong Piai dan Persatuan Belia Cergas Pontian.

Objektif program ini adalah sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan keupayaan golongan belia melalui latihan kemahiran secara tidak formal berdasarkan elemen gaya hidup sihat. Selain itu, program ini juga sebagai salah satu usaha untuk membina keyakinan serta mencungkil kreativiti golongan belia dalam skala kecil.

Program yang dilaksanakan di Pusat Latihan Taekwondo (Kelab Taekwondo Cergas), Pekan Nenas ini telah dirasmikan oleh Encik Mohammad Fadhil bin Jamal, Penolong Pengarah Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir Encik Patrick Teo dan Encik Cheok Cheng Leong selaku penceramah jemputan serta Encik Lee Hock Cheong, Penasihat Persatuan Belia Cergas Pontian.

Disediakan oleh JBSN Johor